Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets

Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets | Pastinya ramai rakyat Malaysia yang pernah berkunjung ke Thailand selalu jatuh cinta dengan keenakan makanan Thailand, betul? Apakah makanan yang anda craving ketika ini?

Sebenarnya tidak dinafikan banyak makanan dari negara Thailand ni memang kena dengan tekak orang Malaysia. Contohnya pancake pisang ikutkan menu ni mudah dan senang boleh dibuat sendiri je.

Apa kata ikuti perkongsian resipi pancake pisang persis seperti di Thailand oleh pengguna Twitter @aimartian yang anda boleh cuba sendiri di rumah dijamin sedap. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bahan-bahannya:

1. Pisang
2. Frozen paratha
3. Butter
4. Coklat hazelnut spread
5. Gula

Cara-cara membuat resipi pancake pisang:

1. Defrost paratha selama 5 minit dengan letakkan atas plastik dan pinggan.

2. Apabila sudah lembut, susun pisang yang sudah dipotong. Sebetulnya susun 12 tetapi saya hanya susun 9 sahaja, dan lipat paratha tersebut.

resipi pancake pisang resipi pancake pisang resipi pancake pisang resipi pancake pisang

3. Panaskan pan dan letak butter atau salted butter atau margerin atau minyak. Selepas panas, letakkan paratha yang telah diisi dengan susunan pisang ke dalam pan selama 2 hingga 3 minit.

4. Kemudian, taburkan sedikit gula dan terbalikkan pancake anda dan biarkan selama 2 hingga 3 minit lagi untuk masak dan garing.

5. Selepas berwarna emas kekuningan, angkat dan sapukan coklat hazelnut spread. Potongkan ia dan siap serta boleh makan suam-suam.

resipi pancake pisang resipi pancake pisang resipi pancake pisang resipi pancake pisang

Selepas ini jika craving pancake pisang ini, bolehlah buat sendiri tanpa perlu pergi ke Thailand. Mudah sahaja nak buat. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat anda.

BACA: Cara Mudah Buat Pancake Gebu Dan Kekal Lembut Sampai Ke Petang

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × three =