Resipi Nasi Air Pantai Timur, Sangat Menyelerakan Tak Cukup Semangkuk

Pernah ke anda makan nasi air pantai timur macam ni? Bagi sesiapa yang pernah makan, mereka pasti tahu bagaimana rasanya. Sangat sedap, amat berbeza dengan nasi air di negeri lain.

Mungkin cara, kaedah dan bahan yang dimasukkan itu berlainan daripada yang biasanya. Jadi itulah penyebab kenapa nasi air pantai timur ini sedap.

Dan sekarang anda boleh cuba buat nasi air pantai timur ni dengan menggunakan resepi di bawah.

Nasi Air Pantai Timur

BACA JUGA: Cara Buat Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Cukup Mudah, Cepat & Sedap Pula Tu!

UNTUK SUP/KUAH:

Bahan Sup/Kuah:

  • Sedikit minyak masak
  • 10 ulas bawang putih (ketuk)
  • 3 inci halia muda (ketuk)
  • Akar daun sup
  • Kicap (agak2)
  • Daging/ayam
  • Meatball
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bahan ketuk sampai naik bau, masukkan air, akar daun sup, serai, daging, metball, kiub ayam, sos ikan dan kicap.
  2. Apabila daging sudah empuk, perasakan dengan garam.
  3. Siap

UNTUK AIR CILI

Bahan-bahan:

  • Cili burung merah
  • Sedikit air
  • Sedikit cuka
  • 1 sb garam dan gula

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di atas.

UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • 10 ulas bwg putih potong dadu.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis dengan minyak banyak sampai bawang kekuningan.
  2. Siap

UNTUK LADA JERUK

Bahan-bahan:

  • Sedikit air
  • Cuka
  • Gula
  • garam

Cara Penyediaan:

  1. Hiris cili besar letak air sikit, cuka, gula, garam ikut citarasa.
  2. Kacau hingga sebati dan siap.

LAIN-LAIN

  • Hirisan limau nipis
  • Ikan bilis goreng
  • Sayur yg di celur (kangkung/sawi)
  • Daun sup

UNTUK NASI

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Air

Cara Penyediaan:

  1. Masakkan beras seperti nak buat nasi air atau bubur nasi anak.
  2. Kemudian kisar sekejap.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Noremah Ahmad Via MAHN

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA JUGA :: Resipi Nasi Air Pantai Timur, Sangat Menyelerakan Tak Cukup Semangkuk […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.