Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury Tak Perlu Pakai Mixer Pun Tetap Sedap!

Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury Tak Perlu Pakai Mixer Pun Tetap Sedap! | Mesti telah banyak resipi dan juadah yang telah anda buat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kan?

Kadang-kadang sampai sudah habis idea nak masak apa pula. Apa kata kali ini anda buat Muffin Larva Coklat pula! Resepi ini dikongsi Zahiri Mansor. Nak buat pun senang, tak perlu pakai mixer!

BACA: Nak Masak Kek Yang Lebih Elok? Kena Kenal ‘Mood’ Ketuhar Dulu!

Bahan yang diperlukan untuk Resipi Muffin Larva Coklat Cadbury

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 250 gram butter yang dicairkan
  • 2 cawan susu full cream
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • coklat chip

Mudah je nak buat resipi muffin larva coklat

resipi muffin larva coklat resipi muffin larva coklat

Pertama sekali anda kena pukul telur dengan gula dulu. Kemudian masukkan esen vanila dan butter yang sudah dicairkan. Kacau lagi sehingga sebati semuanya.

Kacau sehingga sebati

resipi muffin larva coklat

Langkah seterusnya adalah masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder ke dalam acuan tadi. Kacau bahan-bahan sekali lagi. Kemudian, masukkan susu full cream dan teruskan kacau bahan tersebut.

Boleh letak Cadburry

resipi muffin larva coklat

Akhir sekali, bahan-bahan yang sudah digaul sebati itu masukkan ke dalam cup kertas. Cadburry itu tambahan saja. Tak letak pun boleh. Untuk topping tabur choc chips, barulah ngam!

Hasilnya…

resipi muffin larva coklat resipi muffin larva coklat

Inilah hasilnya… rasa coklat Cadburry akan meleleh di dalam mulut anda. Memang sedap! Cuba resipi ini dan nikmati bersama keluarga tersayang.

Sumber: Zahiri Mansor

You might also like
Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.