Resipi Mudah Kuih Wadai, Bingka Kelapa Yang Sedap & Menyelerakan! Boleh Buat Untuk Berbuka

Kuih wadai atau dikenali sebagai bingka kelapa muda menjadi kegemaran orang tua kerana rasanya yang lembut. Kuih ini juga sukar untuk didapati dan hanya ada dijual di bazar Ramadan.

Pengguna Facebook El Chain berkongsi resipi kuih wadai dengan langkah yang mudah. Anda juga boleh buat kuih ini di rumah sahaja. Sedapnya…

Bahan yang diperlukan untuk buat kuih wadai

kuih wadai[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bagi membuat wadai atau dikenali sebagai bingka kelapa muda ini anda perlu sediakan bahan seperti:

  • 6 cawan air kelapa muda (lebih kurang dua biji kelapa)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan isi kelapa muda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur.

Cara buat kuih wadai

  • Pertama sekali campurkan air kelapa, telur, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam ke dalam satu bekas.
  • Kemudian, kacau sampai sebati. Tapis, dan tuang dalam periuk.
  • Guna api sederhana, masak bancuhan sampai berwap, bukan menggelegak. Kena selalu kacau.
  • Sapukan loyang dengan marjerin, tuang bancuhan tadi.
  • Tabur isi kelapa. Masak dalam oven dengan suhu 200 Celcius untuk 90 minit.
  • Api atas bawah. Tak perlu tutup dengan aluminium foil. Dah habis bakar, bagi sejuk baru boleh potong.

BACA: Resepi Puding 3 Layer Guna Biskut, Nampak Macam Kuih Lapis

Siap dinikmati

Kelapa muda boleh ambil yang isinya muda betul seperti jeli. Apabila sudah siap, nikmati hidangan ini semasa tengah panas Kebanyakan orang tua suka macam ini sebab lembut boleh guna gusi je. Tapi resipi sebetulnya kena bakar guna sabut, guna arang tempurung.

Sumber: El Chain[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

17 − 13 =