Ini Resipi Mee Hailam Tumis Yang Mudah Dan Sedap Untuk Anda Cuba Di Rumah

Ini Resipi Mee Hailam Tumis Yang Mudah Dan Sedap Untuk Anda Cuba Di Rumah | Menjadi masalah kepada para ibu di rumah untuk menyediakan makanan untuk di rumah dan mungkin sudah tidak tahu ingin masak apa hari ini. Buat anda yang inginkan kelainan, cuba masak mee hailam pula.

Apa kata ikuti perkongsian resipi mi hailam oleh Hasniza Hassan yang mudah dan dijamin sedap. Menurutnya, mee hailam ini istimewa sedikit kerana ditumis dengan lada hitam dan beliau dapat resipi daripada mak saudaranya. Ayuh kita mulakan!

Bahan-bahan resipi mee hailam:

1 hingga 1 1/2 paket mee

Bahan-bahan untuk buat kuah:

  • 11 ulas bawang putih dikisar atau tumbuk
  • sesudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
  • daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
  • semangkuk stok air udang (kalau ada)
  • 15 ekor udang
  • 4 ekor sotong yang dihiris
  • sebiji tomato dibelah 2
  • 1-2 biji cili merah dipotong
  • kobis dihiris dan sawi dipotong
  • kicap masin
  • kicap manis
  • sos tiram secukup rasa
  • garam
  • gula secukup rasa
  • 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

Cara-cara membuat resipi mee hailam:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam sehingga wangi dan warna kekuningan.

2. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.

3. Selepas itu, tambahkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.Resipi Mee Hailam Resipi Mee Hailam

4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.

5. Masukkan udang dan sotong tetapi tidak terlalu lama.

6. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.Resipi Mee Hailam Resipi Mee Hailam

7. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.

8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Resipi Mee Hailam

Resipi Mee Hailam

9. Gaul semua bahan sehingga rata.

10. Akhir sekali, masukkan mee dan gaul rata serta boleh dihidangkan.Resipi Mee Hailam Resipi Mee Hailam

Mudah sahaja nak buat mi hailam ini. Semoga perkongsian resipi mee hailam ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba.

BACA: Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + six =