Resipi Mee Bandung Air Tangan Arwah Ibu. Simple Je Tapi Kuah Sedap Meletup!

Resipi Mee Bandung Air Tangan Arwah Ibu. Simple Je Tapi Kuah Sedap Meletup! | Yang suka makan mee memang boleh masuk dengan resipi ni, kalau dah bosan dengan mee goreng boleh cuba jenis mee berkuah macam mee bandung ni.

Sebenarnya beza menu mee jenis berkuah ini memang sedap dan tak sedap sangat bergantung kepada persediaan kuah. Kerana mee yang dibeli rasanya sama je cuma berbeza dari jenama kecuali anda pandai buat mee kuning sendiri.

Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.

BACA: Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!

Jemput minum ptg..hujan² ni menu “Mee Bandung” ada yg minat ke.. ikot resepi arwah mak sy dlu,simple je..

Bahan-bahan resipi mee bandung:

  • Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
  • Kacang tanah (goreng & blend)
  • Udang kering ( blend)
  • Daging direbus (air rebusan asingkan)
  • Udang basah
  • Telur

resipi mee bandung

Cara membuat ikut resipi mee bandung:

    • Tumis cili sehingga naik myk,masukkn udg kering & kacang.
    • Masukkn air rebusan daging kacau sebati.
    • Biarkan mendidih pastikn garam gula secukup rasa.
    • Masukkan udang,biarkan seketika,masukkan daging,pecah telor & masukkan sayur..siap

    resipi mee bandung

    Selamat mencuba

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 + 20 =