Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba

Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba | Root beer merupakan minuman signature yang harus dinikmati apabila makan di A&W. Kiranya memang wajib nikmati roti sosej dan burger sambil minum air root beer A&W.

Selain itu, classic coney dog merupakan antara menu yang terkenal di A&W dan anda yang mungkin teringin untuk nikmati hidangan tersebut, anda boleh buat sendiri di rumah.

Mudah sahaja untuk buat classic coney dog ataupun roti coney sosej ini jika anda ikuti resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Zurina Zulkefli. Baca perkongsian resipi beliau di bawah ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat classic coney dog:

  1. Roti
  2. Bawang putih
  3. Bawang holland
  4. Lobak merah
  5. Cili kering kisar
  6. Sos tomato
  7. Serbuk jintan putih
  8. Serbuk kari pedas
  9. Serbuk cili
  10. Serbuk lada hitam
  11. Sosej
  12. Daging lembu kisar
  13. Garam

Classic Coney Dog

Cara-cara penyediaannya:

1. Sediakan bahan untuk sos iaitu 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.

2. Gaul rata masakan dan masukkan rempah iaitu 2 sudu besar cili kering kisar, 4 sudu besar sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 sudu kecil serbuk kari pedas, 2 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.

Classic Coney Dog

Classic Coney Dog

3. Kemudian, kacau sehingga masak dan pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Lalu, biarkan sos seketika.

4. Sebiji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian, buang air tersebut.

Classic Coney Dog

Classic Coney Dog

5. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

6. Masukkan sosej ke dalam roti dan tuangkan sos daging cincang.

7. Akhir sekali, taburkan bawang holland yang dipotong tadi dan sedia dihidang.

Mudah rupanya nak buat roti classic coney dog ini. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda dan boleh mencubanya jika tidak tahu nak makan apa.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 + four =