Home Resipi Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya!

Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya!

1526
0
Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya!

Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya! | Laksa ini memang ramai peminat. Tapi takkan nak pergi sini selalu kan. Kalau masuk mall faham-fahamlah mesti duit pun banyak keluar lagi lagi kalau anak ramai.

Jadinya kalau teringin nak makan, kita buatlah sendiri. Jangan risau ada yang sudi berkongsi resipi laksa yang rasanya ala-ala laksa AEON Mall tu.

Nak buat pun senang, pakai pes dan sardin dalam tin saja. Boleh ikut resipi dikongsiĀ Sharifah Zuhaiza.

Bahan-bahan resipi laksa:

resipi laksa

  • Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar)
  • Pes asam pedas adabi
  • Bawang besar
  • Bawang holland setengah biji
  • Asam keping
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bebola ikan (option)
  • Laksa basah

Cara membuat

1. Kisar sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. Nak lagi power, boleh juga blend sekali dengan nenas.

2. Masuk semua bahan dalam periuk. Masukkan air, masak ikut kepekatan kuah yang kita nak. Jangan lupa letak garam dan gula.Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya!

3. Sos/kuah sardin boleh ikut selera. Kalau suka rasa ikan yang kuat masuk semua pun boleh. Atau cuba letak sikit dulu, takut hanyir.

4. Akhir sekali masukkan bebola ikan. Petis udang ikut selera sama amda nak guna atau tak. Nak masukkan nenas dan daun pudina pun boleh.

Resipi Laksa Yang Rasanya Macam Laksa AEON Mall, Memang Padu Kuahnya!

5. Dah siap. Resipi ini untuk 3-4 orang makan ya.

BACA: Inilah Cara Buat Laksa Beras Homemade, Mudah & Jimat Puas Makan Dengan Keluarga!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here