Resipi Dumplings Udang Viral Yang Mudah Dan Lazat Anda Boleh Cuba Di Rumah

Resipi Dumplings Udang Viral Yang Mudah Dan Lazat Anda Boleh Cuba Di Rumah | Disebabkan 24 jam duduk di rumah, pasti ada daripada anda yang sudah bosan tidak tahu ingin buat apa. Malah, tidak tahu ingin masak apa dan mungkin craving nak makan macam-macam.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @fatenizzati_ berkongsi resipi mudah membuat dumplings yang anda boleh cuba di rumah.
Menurutnya, resipi ini beliau dapat dengan melihat resipi di Marion YouTube Channels. Jom ikuti perkongsian resipi ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]
Semalam sis buat dumplings for lunch and since ada yg tanya resepi meh laaa nak share cara buat dumplings, sauce and chili oil dia.
Jom start ✨ pic.twitter.com/bLEgJEkJDq
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
Bahan-bahan yang diperlukan buat dumplings udang:
1. Isi udang
2. Daun bawang
3. Telur
4. Maggi cukup rasa
5. Garam
6. Kulit dumplings
7. Air dalam mangkuk kecil
Cara-cara membuat dumplings:
1. Basuh bersih udang dan asingkan kepada 3 bahagian dimana 2/3 udang cincang sampai lumat dan 1/3 cincang bagi ada chunk besar.
2. Kemudian, masukkan kesemua udang, telur, hirisan daun bawang, garam dan serbuk perasa dalam bekas dan campurkan bahan tersebut.
3. Selepas itu, kacau sehingga pekat.
Udang tu dah basuh bersih, and bahagi ke 3 bahagian tau.
2/3 cincang sampai lumat
1/3 cincang bagi ada chunk besar2/3 udang tu I pakai chopper beli dekat Mr Diy jaa hahaha senang pic.twitter.com/09ELdxAcrA
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
Then, dalam satu mangkuk mix them all together
Udang + telur + hirisan daun bawang + serbuk perasa + garam
Kalau ikut resepi marion, dia letak stok ayam tapi I tak pakai stok ayam sbb takmau campoq rasa eh ni dumplings udang ka ayam haa gitu
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
4. Letakkan 2 sudu besar inti yang dah siap itu di atas kulit dumplings dan gunakan sedikit air untuk lekatkan kulit dumplings.
5. Rebus dumplings udang sehingga timbul.
6. Ketika dumplings sudah timbul, masukkan air sejuk untuk slow down heating process agar kulit dumplings cukup masak. (Ulang proses 2-3 kali).
7. Akhir sekali, tapis air dumplings dan masukkan ke dalam mangkuk dan siap.
Bahan-bahan buat chili oil:
1. Minyak
2. Chili flakes
3. Geng rempah (bunga lawang, kulit kayu manis, biji ketumbar, buah pelaga, serbuk lada putih, bay leaves)
4. Heatproof jar/container
Cara-cara membuat chili oil:
1. Masukkan minyak dan panaskan api kecil dalam satu periuk.
2. Kemudian, panaskan rempah-rempah itu sekejap dalam 2-3 minit nak bagi dia naik bau and keluar minyak dalam kuali lain.
3. Selepas itu, rempah-rempah itu tadi masukkan dalam periuk (1) yg ada minyak. Biarkan ia infused dalam 2-3 minit tapi jangan sampai hangit.
Part ni kena multi task sikit eh
1 – dalam satu periuk, masukkan minyak and panaskan api slow jaa
2 – dalam kuali lain, panaskan rempah rempah tu sekejap dalam 2-3 minit nak bagi dia naik bau and keluar minyak pic.twitter.com/UerWoIhYRr
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
Thennnn, tapis minyak yg ada rempah tu tuang dalam bekas ada chili flakes tu. Careful tau sebab minyak tu akan sizzle thats why kena cari bekas yg dalam sikit so minyak tak tumpah
Time ni, jangan gatal pi celup tangan “eh nak rasa laa sedap tak” kang tak pasal pic.twitter.com/lgXth1DbCK
— Faten #StayAtHome☝ (@fatenizzati_) April 6, 2020
4. Sementara itu, chili flakes tadi masukkan dalam apa-apa bekas yang heatproof, prefer bekas kaca.
5. Kemudian, tapis minyak yang ada rempah itu tuang dalam bekas ada chili flakes. Berhati-hati sebab minyak itu akan sizzle sebab itu kena cari bekas yang dalam sikit jadi minyak tidak tumpah.
6. Tunggu sehingga sejuk untuk digunakan dalam sos dumplings.
Bahan-bahan yang diperlukan buat sos dumplings:
1. Kicap cair
2. Sedikit cuka
3. Chili oil
4. Fresh chopped daun bawang
5. Garam/gula
Cara-cara membuat sos dumplings:
Campurkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga rata, kemudian siap.
BACA JUGA :: Ini Resipi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!
Senang sahaja cara nak buat dumplings udang, anda yang ‘craving’ dumplings bolehlah buat sendiri di rumah. Almaklumlah sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, susah nak dapat dumplings udang.[/expander_maker]