Viral Resipi Ayam Butter Telur Masin Paling Simple Dan Sedap

Viral Resipi Ayam Butter Telur Masin Paling Simple Dan Sedap | Sesekali tukar menu selalu Sotong Butter Telur Masin, apa kata kali ni tukar menu Ayam pulak. Cara masak yang sama tapi rasanya lebih enak dan berlemak. Jom cuba resipi Ciknie mana tau sedap terlajak!

AYAM BUTTER TELUR MASIN

Ayam Butter Telur Masin

BAHAN BAHAN:

  • 5 ketul ayam – potong kecil
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
  • Setengah senduk butter
  • 4 ulas bawang putih- cincang
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 @ 7 biji cili padi – hiris
  • Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air.

Ayam Butter Telur Masin

BACA JUGA :: Cara Mudah Buat Mentega Homemade, Terjamin Halal dan Rasa Lebih Berlemak

CARA-CARA:

  • Perap ayam kejap dgn tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan

Ayam Butter Telur Masin

  • Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
  • Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.

Ayam Butter Telur Masin

  • Bila dah start berbuih tu masukkan sikit air, perasa, sedikit gula. Dah boleh masukkan ayam dan gaul rata. Siapppp!

Senang kan? Selamat mencuba.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

seventeen − four =