Resipi Ayam Asap Teh, Masakan Cina Nampak Pelik Tapi Sedap!

Masakan cina terkenal dengan teknik masakan sihat seperti kukus,rebus dan panggang. Bagi mak-mak yang suka masakan cina boleh cuba resipi Ayam Asap Teh yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadanini.

Menurut perkongsian beliau, resipi ini dipelajari ketika dengan kawannya ketika zaman belajar. Agak unik nama resipi masakan cina ini dan cara penyediaan Ayam Asap Teh ini, namun yang pastinya rasanya cukup sedap, secukup rasa masin, manis dan penuh beraroma.

Berikut perkongsian resipi Ayam Asap Teh Masakan Cina tersebut;

“Zaman student dulu, saya ada belajar masakan cina daripada coursemate saya. Resepi yang saya paling aneh dia ajar adalah Ayam Asap Teh. Pelik sikit nama dia, tapi sedap.”

Bahan-bahan Perap:

  • ½ ekor ayam
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu minyak bijan
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu madu
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Garam secukup rasa

Bahan Perasap:

  • 3 uncang teh (black tea)
  • 3 sudu beras
  • 3 sudu gula perang

Cara Membuat:

  • Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.

masakan cina

  • Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.

masakan cina

  • Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.

masakan cina

  • Ni saya panaskan air untuk kukus ayam. Saya pakai api besar.

masakan cina

  • Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.

masakan cina

  • Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.

masakan cina

  • OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.

masakan cina

  • Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!

masakan cina

9.Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.

masakan cina

  • Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.

masakan cina

  • Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.

  • Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita.

*terlebih pula beras saya

  • Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.

  • Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.

  • Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!

  • Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.

  • Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.

  • OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.

  • Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.

  • Menggiurkan tak? Makan dengan nasi ayam sedap ni! Kalau beri orang makan, mesti orang tertanya-tanya aroma apa yang kita bubuh pada ayam ni. Aroma dia memang membangkitkan selera.

  • Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang nak mencuba kelaianan, dengan masakan cina. Pastinya lebih sihat, sedap dan penuh beraroma. Selamat Mencuba!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

You might also like
1 Comment
  1. […] dapur yang selalu dibeli termasuklah bahan-bahan masak basah ataupun kering seperti ayam, ikan, sayuran dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang kita risau bila beli bahan dapur […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.