Home All Petua Kesihatan Diri Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan

Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan

6745
0
Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan 1

Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.

Bagi yang menggemari minuman teh atau kopi, mesti sentiasa ada stok di rumah kan. Tetapi kalau tiba-tiba anda kehabisan stok minuman kegemaran tu bolehlah cuba teh halba ni bukan sahaja sedap malah banyak khasiatnya.

Yang pm tanya camner nak buat teh halba tu inilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.

RESEPI TEH HALBA YANG MUDAH DAN BERKHASIAT

Bahan-bahan:

  1. Halba satu sudu kecil
  2. Air segelas
  3. Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi. 😁
  4. Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe.

Cara-caranya:Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan 2Rebus halba sehingga mendidih.Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan 3

Biarkan sejuk.Resepi Teh Halba Sesuai Untuk Lelaki & Perempuan 4

Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.

Khasiat teh halba:

  • Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
  • Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
  • Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini. 😄
  • Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
  • Merawat masalah sembelit & buasir. 6- Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
  • Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
  • Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
  • Mengetatkan & menremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. Oppst. 🙊
  • Menghilangkan lendir & sakit tekak.
  • Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
  • Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
  • Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.

Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba. 😊

Kredit resepi kepada ‎Sumaiyah Abdullah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here