Resipi Sup Telur Chinese Style, Guna 6 Bahan Simple & Sangat Menyelerakan

Resipi Sup Telur Chinese Style, Guna 6 Bahan Simple & Sangat Menyelerakan | Memang tidak dapat dinafikan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan, pastinya golongan wanita terutama ibu-ibu pening memikirkan menu masakan yang mudah dan simple untuk disediakan buat seisi keluarga.

Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mengambil peluang ini untuk mencuba resepi baru.

Buat pembaca kali ini kami akan berkongsi satu resepi yang sangat simple iaitu resepi Sup Telur Chinese Style yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zurina Zulkefli.

Bahan-bahan yang diperlukan

[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ini dihidangkan di hotel.

1. Bawang putih (cincang halus)
2. Halia (cincang halus)
3. Kiub pati ayam (tiada MSG)
4. Filamen ketam (dihiris nipis)
5. Telur ayam (dibancuh)
6. Tepung jagung (dibancuh)

Cara memasak Sup Telur Chinese Style

  1. Panaskan air di dalam periuk, masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
  5. Tambahan perasa, secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
  6. Sedia dihidang atau dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.

Dah siap Sup Telur Chinese Style!

Sup Telur Chinese Style

BACA JUGA :: Chef Ini Ajar Buat Sup Shark Fin, Masakan Cina Halal Yang Susah Nak Jumpa

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × two =