Home All Petua Masakan Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style

Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style

Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style 1

Sedapnya kalau sambil makan mi, dapat hirup kuahnya panas-panas, orang kata memang terbaik! Beribu resipi mi tapi kali ini jom cuba Mi Kuah Kelantan Style pula. Ringkas tapi yang pasti memang lazat.

Bahan-bahan Mi Kuah Kelantan Style:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Halia
    (Semua bahan dikisar)

Bahan-bahan untuk sambal kicap:Ringkas Tapi Lazat, Resepi Mi Kuah Kelantan Style 2

  • Kicap
  • Garam
  • Gula
  • Limau kasturi
  • Cili padi
    (Tumbuk semua, sama macam buat sambal lain)

Bahan-bahan tambahan:

  • Lada hitam
  • Sayur-Sayuran (Ikut citarasa masing-masing)
  • Telur satu biji (kalau nak 2 pun boleh)
  • Ayam
  • Udang

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan yang dikisar tadi.
  2. Apabila bahan tumisan dah agak masak, masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk halus.
  3. Masukkan sedikit air
  4. Masukkan sayur-sayuran yang ada. Biarkan mendidih.
  5. Setelah mendidih masukkan ayam dan biarkan ia mendidih juga.
  6. Masukkan telur (tak perlu kacau)
  7. Masukkan udang yang dipotong halus
  8. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan mi kuning dan hidang panas-panas.

Tips: Nak lagi sedap dan manis boleh tambahkan daging dalam resipi ini. Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here