Resepi Kuah Rojak Buah, Boleh Ketagih Nak Menyicah Jer

“Aku ni boleh kata tiap-tiap minggu beli kuah rojak dalam botol tu. Kalau pandai buat sendiri kan bagus. Tapi, nak resepi kuah rojak buah yang paling ‘power’ sekali.”

Memang ramai yang suka makan buah-buahan yang dicicah dengan kuah rojak atau ‘kuah colek’ ini. Ada rasa masam, pedas, masin, manis, dan rasa ‘istimewa’ tak tahu dari mana – memang kombinasi yang mantap!

Di sini kongsikan resepi kuah rojak buah yang meletup daripada Mizzs Lina Ali. Tengok sajalah pada namanya – memang boleh menangis membayangkan kesedapannya! Jomlah cuba, ada langkah demi langkah yang mudah untuk kita ikut.

RESEPI KUAH ROJAK BUAH MENANGIS TEPI BUCU KATIL

Menurut Mizzs Lina, inilah resepi kuah rojak buah ‘favourite’ suaminya Oleh kerana yang dibeli rasa tak puas makan dan macam kurang sedap, gigihlah buat sendiri baru, puas hati. Suaminya pun puji sedap dan terbaik. Tak susah mana pun nak membuatnya. Ini bahannya:

BAHAN :

  • 1 botol kecik kicap lemak
  • 1 botol kecil sos cili
  • 5 sudu sos tiram
  • 1 bekas pes otak udang
  • 1 ketul gula merah
  • 2 cawan gula (nak manis tambah lagi)
  • Sedikit belacan bakar
  • Segengam cili kering (rebus dan blender brsama sedikit air dan belacan)
  • 5 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
  • 1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk)
  • 4 sudu bijan digoreng tanpa minyak
  • 5 sudu tepung jagung

Gula melaka, belacan, cili kering, dan kacang tanah

Kicap lemak manis, sos cili, sos tiram, pes otak udang, dan bijan

Tepung jagung untuk pekatkan kuah

CARA-CARA:

  1. Masak cili kering yang telah diblender dengan belacan
  2. Kemudian, masukkan semua bahan lain di atas kecuali kacang tanah, tepung dan bijan.
  3. Biarkan atas api seketika hingga hampir masak.
  4. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Tutup api dan biarkan kuah sejuk sekejap.
  6. Akhir sekali, barulah masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk tadi. Barulah rangup!
  7. Siap! Bolehlah potong buah-buahan yang nak dimakan bersama kuah ini.

DAH PANDAI BUAT, TAK PAYAH BELI LAGI!

Wah, terliur pula tengok hasilnya. Terus mengidam nak makan mangga muda! Yang seronoknya, kita boleh ‘adjust’ mengikut citarasa masing-masing. Yang suka pedas boleh lebihkan cili, yang tak suka belacan boleh kurangkan, yang suka rangup bolehlah banyakkan kacang. Baru ‘best’ dan padan dengan tekak sendiri.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

eighteen + eighteen =