Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang, Menu Bajet Guna 4 Bahan Je!

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang, Menu Bajet Guna 4 Bahan | Andai tak ada idea nak masak apa, menu yang min kongsi ni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa!

Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.

IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
  • 1 keping asam gelugur @ keping

CARA MEMASAK:

Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Masukkan asam keping.

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah:

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 + six =