Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Ini Guna 3 Bahan Jer, Mudah dan Confirm Sedap!

Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar Ini Guna 3 Bahan Saja | Siapa yang tak seronok kalau dapat buat hidangan yang sangat mudah. Tak perlu kukus, tak perlu bakar, tak perlu goreng!

Mesti ramai ibu-ibu yang tak sabar nak cuba resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar yang sangat mudah ini. Resepi Coklat Peanut Butter Marble Bar ini telah dikongsikan oleh Cik Ca di Facebook. Jom cuba.

Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni. Lorek-lorek buh dalam peti 2 jam leh makan dah.Budak-budak suka ni. Comel je tengok.Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat.Pilih yg kandungan koko tinggi. Kalau guna milk coklat, mmg manis.

Bahan-bahan untuk membuat Coklat Peanut Butter Marble Bar

  • 200 gram biskut marie cerah ( CA guna biskut jenis digestive dia mudah hancur)
  • 120 gram peanut butter
  • 70 gram unsalted pure butter ( kalau nk guna buttercup pon boleh terpulang )

Coklat Peanut Butter Marble Bar

Cara-cara membuat Coklat Peanut Butter Marble Bar

  • Hancurkan biskut ikut lah nak pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter. Kisar bagi sebati.
  • Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengn baking paper.CA guna loyang 6 inci petak. Tekan tekan bg padat n ketepikan
  • Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi. Lorekkan ikut suka.hee
  • Dua jam dalam peti,keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah. Best.
  • CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat.Boleh guna milk choclate dan sebagainya.Tak menyesal cuba. Memang sedap.

Coklat Peanut Butter Marble Bar

Coklat Peanut Butter Marble Bar

Selamat mencuba resepi ni memang sedap!

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

9 − nine =