Ini Sebab Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir Dengan Kereta

Ini Sebab Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir Dengan Kereta | Kejadian banjir pada tahun ini merupakan antara paling teruk berlaku yang pernah berlaku di negara kita yang telah menjejaskan beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dan Johor.

Walaupun kita sudah menonton video-video tular di media sosial yang menunjukkan beberapa buah kenderaan mampu mengharungi arus banjir dengan ‘selamat’.

Sebenarnya perbuatan memandu kereta dan menunggang motosikal tersebut bukanlah satu perkara yang bijak kerana ia meningkatkan lagi risiko ‘kemalangan tidak berbau’ semasa saat genting ini.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa kemungkinan kemalangan tidak berbau yang boleh berlaku semasa kenderaan anda meredah air banjir.

1. Kenderaan tersangkut ditenggelami air

SUMBER GAMBAR: YOUTUBE BULETIN TV3

Apabila anda melalui kawasan yang air telah menutupi permukaan jalan, jangan sesekali melalui kawasan tersebut jika anda tidak tahu kedalaman air tersebut. Lebih-lebih lagi apabila anda melalui kawasan terbabit pada waktu malam.

Kemungkinan kenderaan anda ‘tersangkut di dalam banjir (atau lebih buruk lagi, kenderaan anda ‘hanyut’ dibawa arus deras) agak tinggi akibat terdapatnya lubang, longkong atau gelombang air yang besar yang menyukarkan kenderaan anda untuk bergerak keluar dari kawasan banjir tersebut.

2. Enjin mati akibat ‘hydrolock’

Ini bagi mengelakkan air memasuki ruang enjin yang akan mengakibatkan masalah hydrolock akan berlaku pada enjin anda. Masalah ini timbul apabila kenderaan mengharungi banjir samada kerana paras air melebihi paras air intake atau kelajuan yang menyebabkan wujud gelombang air tall bow wave.

Apabila hydrolock berlaku, anda akan dapati enjin akan mula membuat bunyi yang kuat dan bising mengakibatkan enjin akan mati sepenuhnya. Sudahlah enjin mati ditengah-tengah banjir, selepas itu anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk membaikinya pula.

air banjir
SUMBER GAMBAR: CARTHROTTLE.COM

3. Komponen-komponen kenderaan berpotensi tinggi untuk rosak apabila terkena air banjir

Majoriti komponen-komponen yang ada pada kenderaan agak sensitif apabila basah terkena air, apatah lagi bila ‘berendam’di dalam air banjir. Brek kurang mencengkam, penapis minyak pelincir bercampur dengan lumpur, ruang kabin kereta menjadi ‘mini swimming pool’, kusyen kenderaan berbau & berkulat dan lain-lain lagi. Ini antara kesan-kesan yang anda akan alami apabila kenderaan anda ‘berendam’ di dalam air banjir.

Penulis sendiri pernah merasai pengalaman meredah banjir untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Cheneh, Terengganu sekitar bulan Disember 2014 yang lalu. Seribu satu perasaan yang menyerang pada masa yang sama – panik, seram, sejuk dan lapar.

Antara perkara yang penulis tidak dapat lupakan sampai hari ini, apabila ternampak sebuah Toyota Estima sudah ‘tenggelam’ dan hanya nampak ‘muncung depan’ kereta pada permukaan air banjir tersebut. Tidak pasti apa yang terjadi kepada pemandu dan penumpang kereta terbabit.

Perbuatan meredah banjir sesuka hati bukanlah satu perkara yang perlu, melainkan situasi betul-betul memaksa. Patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan. Bersama-samalah kita mendoakan semoga kawasan-kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir segera pulih seperti biasa.

‘Jangan ingat air banjir yang mengalir tidak ada longkang, lubang, buaya dan haiwan berbahaya lain yang boleh mengancam keselamatan kita!’

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen − six =