Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit, Hanya Guna 2 Bahan Ini

Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit, Hanya Guna 2 Bahan Ini | Kepada mereka yang mengidap sakit gout, kesakitan yang dilalui ketika diserang penyakit itu sememangnya sukar digambarkan.

Katanya, sukar berjalan kerana kesakitan yang teramat sangat. Malah, terkena sentuhan kain pada bahagian sakit pun boleh dibuatnya sampai meraung.

Lazimnya rawatan yang digunakan ialah mengambil ubat tahan sakit atau pun suntikan bagi meredakan kesakitan. Namun kadang kala penawar gout ini bersifat sementara sahaja nak pula yang jenis tak reti nak jaga pemakanan.

Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit, Hanya Guna 2 Bahan Ini[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Apa itu sakit gout?

Penyakit Gout telah lama wujud dalam masyarakat dunia. Penyakit ini dipercayai wujud kira-kira 2,000 tahun lalu. Ia turut dikenali sebagai “penyakit orang kaya” kerana lazimnya ia disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman berkhasiat tinggi di kalangan mereka yang mempunyai status kewangan kukuh.

Kini sakit gout menyerang tanpa mengira status dan usia. Jumlah pesakit Gout yang kian bertambah tahun demi tahun amat membimbangkan. Di Malaysia, penyakit Gout Arthritis yang berkaitan sendi lebih banyak dikesan.

Gout adalah penyakit yang “boleh datang dan pergi”. Sekiranya pesakit mematuhi segala pantang larang dari segi pemakanan, ubatan dan gaya hidup, serangan akan berkurangan atau mungkin tidak berlaku langsung. Sebaliknya, jika gagal mematuhi pantang-larang, serangan boleh berulang pada bila-bila masa.

Walaupun pantang larang tetap perlu, apa yang sentiasa diharapkan oleh masyarakat, terutama penghidap Gout ialah ubat paling mujarab bagi merawat penyakit ini.

Punca Sakit Gout

Apakah punca penyakit Gout? Gout terjadi akibat pengumpulan asid urik dalam badan melepasi tahap normal, iaitu 7.0mg/dL. Kadar asid urik yang tinggi ini diistilahkan sebagai “Hyperuricemia”.

Tidak semua yang mempunyai tahap asid tinggi dalam badan akan mendapat Gout. Ada peratusan kecil mereka ini kekal bebas Gout.

Gout juga lebih banyak menyerang lelaki berbanding wanita. Wanita berpotensi mendapat Gout hanya selepas putus haid.

Gout adalah satu daripada penyakit arthritis, iaitu penyakit sendi yang dikelaskan sebagai arthritis metabolik. Penyakit Gout adalah berkait rapat dengan pemakanan dan nutrisi individu. Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, daging merah dan bijiran berprotein tinggi adalah punca utama Gout.

Pada zaman dahulu, makanan seperti ini hanya mampu diperolehi golongan kaya. Namun, kini banyak makanan yang diproses di kilang, contohnya minuman berkarbonat, menjadikan penyakit ini tular dalam masyarakat secara lebih menyeluruh.

Penularan penyakit ini dalam masyarakat tanpa mengira kedudukan sosioekonomi, sebahagian besarnya ada kaitan dengan pengambilan makanan berprotein tinggi.

Protein adalah molekul besar yang akan dicernakan menjadi sebatian ringkas menerusi proses penguraian dalam metabolisma tubuh manusia. Purin pula ialah satu daripada bentuk sebatian ringkas daripada protein dan akan ditukarkan menjadi asid urik sebelum dirembes keluar dari tubuh menerusi urin.

Natijahnya, pemakanan terlalu tinggi protein, purin dan asid urik ini tidak mampu dibuang secara efisyen dan akan tertumpu pada bahagian sendi serta tisu lembut di sekeliling sendi. Biasanya ia berlaku pada kaki dan akan menyebabkan rasa menyucuk serta bengkak yang terlalu sakit.

Asid urik yang berada terlalu lama dalam badan akan mendap dan menghasilkan hablur garam. Hablur garam inilah akan menyebabkan rasa sakit pada sendi. Bahagian tubuh yang biasanya terkesan dengan Gout ialah tapak ibu jari kaki dan kaki sebelum menular ke sendi lain.

Jika anda sering mengalami sakit sendi, apakah anda mempunyai risiko mendapat Gout? Berikut ialah tanda yang boleh dijadikan panduan mengenali Gout:

  1. Sakit itu menyerang ibu jari kaki dan ia menjadi panas, merah, bengkak serta amat sakit. Ketika serangan, geseran kecil seperti terkena kain juga akan menyebabkan kesakitan.
  2. Serangan secara kerap dan tiba-tiba. Tempoh sakit boleh berlarutan hingga satu minggu ke dua minggu.
  3. Muncul benjolan pada sendi.
  4. Kerap kencing.
  5. Sakit pada sendi seperti kaki, lutut, pergelangan kaki dan tangan.

Penawar gout yang mujarab dan berkesan.

Bagi mereka yang sedang mencari ubat penawar gout, apa kata anda cuba cara yang berbentuk alami ini. Hanya menggunakan jus nanas bersama air kosong.

Namun, apa yang menariknya, penawar gout atau ‘set tahan sakit’ ini boleh disimpan di rumah kerana tidak perlu menggunakan nanas segar, cuma jus dalam tin sahaja.

Nampak macam tak serius saja nak membantu, admin tidak bermaksud mempermainkan perasaan anda, anda patut mencuba kaedah ubat gout yang unik ini. Tugas admin hanya menyampaikan pengalaman kenalan yang mengidap gout.

Nak tahu cara buat penawar gout, lihat seperti di bawah ini.

BACA JUGA: Inilah Simptom Dan Rawatan Pemulihan Arthritis, Sakit Sendi & Otot

Penawar Gout Tanpa Pil Tahan Sakit, Hanya Guna 2 Bahan Ini
Bahan:

  1. 1 tin jus nenas FnN atau jenama lain.
  2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
  3. Campurkan air nenas tin kedalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakan air tumpah.
  4. Bacaan Bismillah 11x.
  5. Selawat Nabi 11x.
  6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
  7. Habiskan air campuran nanas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
  8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukan pengurangan.
  9. Penawar gout ini tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.

Selamat mencuba!

Dan penawar gout yang paling mudah dan murah ialah yang paling malas nak diamalkan , minum air beralkali 9.5. Kebanyakan mesin penapis air di malaysia telah mempunyai fungsi ini.

Jika tiada mesin penapis air, hulur saja barang seringgit dua tadah botol di rumah kawan atau saudara.

Kredit: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam

BACA JUGA: Kenapa Ubat ‘Pain Killer’ Bahaya Kepada Pesakit Gout

Jika anda suka dengan artikel penawar gout menggunakan 2 bahan ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve − one =