Nak Rawat Kulit Kaki Kering & Berkerak? Boleh Guna Listerine Je Di Rumah!

Kami percaya pasti ramai antara kita memiliki masalah kulit kaki kering dan merekah ini. Ramai yang sebenarnya kurang mengambil perhatian dengan kulit kaki mereka berbanding tangan.

Tahu tak, kaki adalah salah satu bahagian tubuh yang sangat mudah kering. Ini kerana posisinya yang terletak jauh dari jantung di mana kedudukannya, suhunya tidak sehangat bahagian tubuh lain langsung mencenderungkan lagi untuk kita mendapat masalah-masalah seperti kulit kaki kering dan merekah.

Maka dengan itu, mulai sekarang kita sepatutnya sudah mula memberi perhatian kepada kaki kita. Jangan ingat oleh kerana ia sering dilitupi dengan kasut ataupun seluar panjang, maka kita boleh ‘sorokkan’ masalah ini. Kita sebagai wanita (dan juga lelaki) seharusnya menjaga setiap perincian tubuh. Mahukah kita kulit wajah cantik, tubuh menawan akan tetapi bahagian kulit kaki kering bersisik. Ngeri!

Antara faktor kulit kaki kering dan kusam adalah:

  • Obesiti
  • Pemilihan kasut yang tidak sesuai
  • Kurang air dan zat dalam badan

Untuk pengetahuan semua, sering mandi atau berendam dengan menggunakan air yang dipanaskan juga dapat menyumbang kepada faktor kulit kaki kering dan kusam. Hal ini kerana, sel kulit akan menjadi kering.

Pernah tak terpandang kaki orang lain dan perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah, “oh tidak, kering dan berkerak!” Sebelum menghakimi orang lain, apa kata tengok dulu kaki sendiri. Mesti ramai turut menghadapi masalah yang sama.

Semakin banyak kita berjalan setiap hari, ia akan membuatkan kulit kaki kering dan jika tidak dirawat akan menyebabkannya lebih teruk lagi. Bertenang, mudah sahaja rawatan dan ianya boleh dibuat di rumah. Bahan yang diperlukan pula hanyalah Listerine. Ya, bukan sahaja berkesan untuk membersihkan gigi, Listerine juga boleh dijadikan bahan untuk merendam dan memanjakan kaki anda.

Bagaimana Listerine boleh membantu kulit kaki kering anda? Sama seperti fungsinya untuk membuatkan mulut terasa segar, ia juga akan membantu memberi kesegaran pada kaki.kaki kering, kulit kaki kering

Bahan yang terkandung dalam Listerine seperti menthol, thymol, methyl salicylate, dan eucalyptol bertindak sebagai antiseptik dan baik untuk tubuh manusia.

Alkohol jenis Ethanol yang terkandung dalam bahan ini pula membantu dalam melembutkan kulit kaki dan menyingkirkan sel kulit mati.

Cara membuat air rendaman kulit kaki kering Listerine

  • 1/4 cawan Listerine
  • Air suam
  • 1 bekas plastik yang mampu memuatkan kaki anda untuk direndam

Campurkan semuanya sekali dan tenangkan diri anda ketika kaki dimasukkan dalam air rendaman. Sambil itu bolehlah baca buku atau merias kuku dan selepas setengah jam bilas dengan air biasa.

Lakukan rutin ini sekurang-kurang sekali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Cepat cuba, dan kongsikan pengalaman anda di sini ya

Tip merawat kulit kaki kering dan kusam

Penggunaan sabun. Sabun berfungsi membersihkan kulit dari kotoran. Tetapi, sabun juga mempengaruhi kelembapan kulit. Sabun buku cenderung membuatkan kulit menjadi semakin kering dan bersisik terutama pada kaki. Anda disarankan untuk menggunakan sabun berbentuk gel atau cecair.

Anda juga disarankan untuk keringkan kaki menggunakan tuala terlebih dahulu setelah mencucinya. Dari segi pemilihan jenis tuala, adalah digalakkan menggunakan tuala daripada kapas.

Anda dinasihatkan menggunakan produk penjagaan kaki yang mengandungi bahan seperti aloevera, ekstrak Ylang Ylang ( bunga kenanga), AHA & BHA untuk merawat kulit kaki kering dan kusam. Kebanyakan orang memakai Losyen “baby” untuk merawat kaki kering. Tapi tahukah anda bahawa ia tidak memberi impak atau kesan kepada kaki anda.

Minum air masak atau air mineral yang cukup. Hal ini kerana, air mampu mengekalkan kelembapan kulit dari dalam. Kuantiti air yang digalakkan ialah minimum 8 gelas sehari. (1 liter air =25kg)

Penggunaan kasut juga amat dititikberatkan. Pemilihan kasut yang sesuai membantu untuk menjaga kesihatan kaki. Elakkan memakai kasut yang berbentuk tirus di hadapan supaya kaki tidak menjadi terlalu sempit dan sukar untuk bernafas.

Selain itu, terdapat juga cara merawat kulit kaki kering dan kusam secara semulajadi sekiranya berlaku gejala tersebut. Antaranya ialah:

  1. Mentimun
    Fungsi mentimun mampu menghaluskan kulit. Sama seperti penggunaan pada muka, mentimun ini dihiris nipis lalu diletakkan di kaki selama beberapa minit. Kemudian kaki akan dibilas menggunakan air bersih
  2. Limau nipis
    Limau nipis dapat menghilangkan kesan hitam pada kaki. Caranya dengan merendam kaki di dalam air yang bercampur dengan limau nipis yang dihiris.
  3. Pisang
    Dengan menggunakan apa sahaja jenis pisang, ianya dihancurkan sehingga lumat. Kemudian disapukan pada bahagian kaki yang kering, dibiarkan selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih.
  4. Avocado
    avocado mampu memberi kelembapan terhadap kulit kering termasuk kulit kaki. Sama saperti pisang, isi buah avocado ini dihancurkan sehingga lumat dan disapu ke bahagian kaki yang bermasalah. Setelah beberapa minit, kaki dibilas menggunakan air bersih.
  5. Susu
    Kelebihan susu ialah mampu menghilangkan rasa gatal akibat kulit kering kerana mengandungi agen anti inflamasi. Caranya dengan menggunakan susu yang disejukkan, lau digosokkan pada kaki dengan menggunakan tuala yang lembut selama lima minit
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − 7 =