Home All Petua Kesihatan Diri Rawat Batuk Berkahak Dengan Air Kelapa Muda Dan Limau Bermadu. Mudah Jer!

Rawat Batuk Berkahak Dengan Air Kelapa Muda Dan Limau Bermadu. Mudah Jer!

26184
1
batuk

Rawat Batuk Berkahak Dengan Air Kelapa Muda Dan Limau Bermadu. Mudah Jer! | AIR kelapa banyak khasiatnya untuk tubuh badan anda. Buat mereka yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.

Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Kebiasaannya air kelapa memang sinonim dengan rawatan alternatif untuk pelbagai jenis demam.

5 Khasiat Air Kelapa Muda Untuk Kesihatan

batuk

1. Dapat mengurangkan berat badan

Kandungan lemak air kelapa sangat rendah, jadi anda tidak perlu bimbang berat badan naik sekiranya minum secara berlebihan.

2. Baik untuk kulit

Kulit anda akan cantik dan licin berseri jika kerap menikmati air kelapa. Ia juga membantu memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.

3. Melambatkan proses penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan antipenuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Kuasa penghidratan air kelapa dapat memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.

4. Membantu penghadaman

Jika perut sentiasa kembung dan sukar untuk hadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman. Air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masalah pencernaan.

5. Menurunkan tekanan darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Air kelapa mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan.

Bagi sesiapa yang mempunyai masalah batuk berkahak yang agak merimaskan dan mengganggu rutin harian mereka boleh cuba petua di bawah ini.

Petua Air Kelapa Muda Limau Bermadu Untuk Batuk Berkahak. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah batuk berkahak yang agak merimaskan dan mengganggu rutin harian mereka boleh cuba petua di bawah ini.

Rawat batuk dengan Air Kelapa Muda Limau Bermadu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segelas air kelapa muda dan isinya
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 sudu makan madu lebah

Cara Penyediaan:

  1. Dikacau bersama sebati.
  2. Minumlah 3 kali sehari dan ulangi hari berikutnya sehingga batuk reda.

Inilah amalan saya lakukan ketika dilanda batuk yang teruk selepas makan ubat pun tidak berkesan. Ubatan tradisional dan asli hasil dari buah buahan dan madu. Selamat mencuba!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here