Rambut Gugur? Cuba Buat DIY Jus Bawang & Madu Untuk Elakkan Keguguran Rambut Ni!

Bagi seseorang individu, rambut gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mencari cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut ini.

Masalah rambut gugur di kalangan wanita termasuk wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kalau di kalangan orang melayu, mak-mak atau nenek-nenek atau orang tua selalu kata, untuk ibu lepas bersalin, apabila anak mula pandai buat ‘buih’, rambut si ibu juga akan banyak gugur.

Memang sangat-sangat menakutkan jika rambut terus gugur setiap hari. Di lantai bilik, dapur, toilet, living room ,semua penuh dengan rambut. Rambut yang ikal mayang, akhirnya semakin menipis. Apabila rambut semakin menipis , kita nampak rambut sangat jarang dan kelihatan tidak sihat.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Petua Kurangkan Rambut Gugur

Disini kami ingin kongsikan petua yang anda boleh sediakan dari rumah sahaja untuk membantu menyelesaikan masalah keguguran rambut hanya dengan BAWANG!.

Rambut Gugur? Cuba Buat DIY Jus Bawang & Madu Untuk Elakkan Keguguran Rambut Ni!

Bawang mengandungi sulfur dimana ia bertindak memperbaiki peredaran darah , merangsang folikel rambut dan membantu pertumbuhan rambut.

Kajian mengatakan bawang sangat berguna untuk merawat masalah rambut gugur. Dari segi kelemumur malah jangkitan kulit, uban dan sebagainya bawang merupakan pengubat yang paling sesuai dan berkesan digunakan.

Cara nak menggunakan bawang sebagai ubat kepada masalah ini, mereka perlu menggunakan jus bawang 2 kali sehari selama 2 bulan dan cara ini akan menggalakkan pertumbuhan semula rambut . Jadi, cara-cara nak buat jus bawang ni korang boleh tengok sini :

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • bawang merah
  • madu
  • Minyak pati pilihan kornag sendiri, sebagai contoh minyak lavender

Cara-cara:

  • Korang kupas dan cincang bawah merah
  • Ambil penapis dan tekan bawang yang dicincang hingga keluar jus
  • Kemudian korang masukkan 1-2 sudu teh madu dalam jus bawang.
  • Jangan lupa titiskan beberapa titik minyak pati ( minyak lavender)

Cara ini sekaligus akan membuatkan rambut korang tumbuh dengan baik. Madu pula akan membuatkan rambut korang jadi licin dan berkilat.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × five =