Rakyat Digalakkan Berbelanja Bagi Merangsang Ekonomi Tempatan, Inilah Cara Rakyat Boleh Bantu!

Rakyat Digalakkan Berbelanja Bagi Merangsang Ekonomi Tempatan, Inilah Cara Rakyat Boleh Bantu! | SIAPA sangka wabak COVID-19 yang dulunya hanya menyerang China sudah menjadi trauma di seluruh dunia.

Ketika China ‘berperang’ menghapuskan wabak itu, negara lain terutamanya di Barat seolah-olah mengambil enteng untuk menyekat penularannya.

Kini, kes di Amerika Syarikat sendiri telah mencecah seramai 100,000 orang dengan mencatatkan kematian lebih dari 1 ribu orang. Itali pula mencatat lebih dari 9000 kematian.

berbelanja[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Seluruh dunia sedang ‘berperang’ menghapuskan wabak itu. Kesannya, sudah pasti berlaku kemelesetan ekonomi secara global.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) meramalkan pertumbuhan KDNK global akan menurun dari 2.9 peratus kepada 2.4 peratus tahun ini.

Malah, Bloomberg memberikan amaran bahawa pertumbuhan KDNK tahun ini boleh jatuh ke sifar berdasarkan senario pandemik yang paling teruk.

Ketidaktentuan dasar monetari Amerika Syarikat, kesan pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan serta ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini telah menambah rencam yang memberikan kesan kepada ekonomi dunia seterusnya kepada ekonomi negara.

Berbelanja Untuk Bantu Pertumbuhan Ekonomi Tempatan

Senario pandemik yang paling teruk ini sebenarnya menjejaskan aktiviti ekonomi.
Sektor perindustrian dan pembinaan terpaksa diberhentikan, aktiviti eksport dan import terpaksa ditangguhkan dan sudah pasti nilai pelaburan tidak memberangsangkan.

Jika kita imbas, pertumbuhan ekonomi sebelum ini telah disokong oleh pertumbuhan domestik terutamanya permintaan sektor swasta yang kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Asas ekonomi yang kukuh ini membolehkan Malaysia terus berdaya tahan walaupun ekonomi global tidak menentu.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan baru-baru ini merupakan salah satu kaedah bagi merangsang ekonomi tempatan.

Ia yang dikenali sebagai Dasar Pengembangan Fiskal yang bertujuan meningkatkan aliran tunai di pasaran melalui menjanaan ekonomi setempat.

Bantuan secara tunai kepada rakyat adalah usaha meningkatkan kuasa beli pengguna agar permintaan barang dan perkhidmatan meningkat berterusan.

Saat ini pihak kerajaan memerlukan aktiviti ekonomi tempatan yang berterusan agar tidak lumpuh.

PERNIAGAAN ATAS TALIAN PERLU KREATIF

Bagi menyokong usaha kerajaan menggalakkan orang ramai berbelanja, seharusnya industri seperti perniagaan atas talian perlu lebih kreatif untuk menyokong inisiatif tersebut.

Situasi semasa yang memerlukan rakyat untuk terus berada di rumah bagi mengurangkan interaksi sosial dan tidak melakukan aktiviti di luar, seharusnya peluang ini harus disahut oleh mereka yang menjalankan perniagaan atas talian.

Inilah masa yang sesuai untuk mengembangkan perniagaan ketika hampir kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah.

Bukan sahaja pemberian diskaun ataupun penghantaran secara percuma tetapi juga kepelbagaian penawaran barangan dan perkhidmatan boleh juga diperkenalkan.

Jika dulu nak dapatkan ikan kembung, ikan selar atau sayur-sayuran perlu ke pasar, masa kan tidak waktu sekarang boleh dapatkannya menerusi pembelian atas talian.
Tidak mustahil!

Jika kita merupakan peniaga restoran ataupun kedai makan, boleh saje menggunakan aplikasi atas talian untuk mendapatkan pesanan pelanggan. Sudah pasti ada pelanggan, yang penting perlu kreatif.

PENJAWAT AWAM JUGA BOLEH MEMBANTU DENGAN BERBELANJA

Golongan penjawat awam mungkin antara golongan tidak terjejas akibat penularan wabak ini dari segi pendapatan. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang.
Pendapatan mereka secara asasnya konsisten walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi negara atau global.

Tawaran moratorium bayaran balik pinjaman boleh dimanfaatkan oleh golongan penjawat awam untuk merangsang ekonomi tempatan.

Kebijaksanaan majikan untuk membolehkan tawaran ini diperolehi oleh para peminjam perlulah ada kerana kebanyakan penjawat awam memotong pinjaman mereka menerusi slip gaji yang diuruskan oleh majikan.

Siapa lagi yang perlu bantu kerajaan selain daripada golongan penjawab awam. Rakyat harus bijak. Inilah waktu yang sesuai untuk berbelanja kerana sudah pasti banyak tawaran dan perkhidmatan yang menarik diberikan. Berbelanjalah pada waktu yang sesuai. Inilah masanya!

* Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah ialah Penyelidik Utama ICoE-Rel dan merupakan teknologis profesional di dalam bidang pengangkutan dan logistik dari Malaysian Board of Technologist (MBOT)[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 4 =