Home All Petua Diet Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi...

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari”

3660
0
Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari”

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari”  | Seperti yang kita semua sedang hari ni sudah hari ke 21 kita luangkan masa di rumah. Jika kira-kira lagi seminggu sahaja lagi untuk kita tinggal di rumah.

Bagaimana dengan berat badan anda? Makin naik atau semakin turun? Tak apa, masih ada masa lagi untuk anda berusaha untuk turun berat badan jika berat badan anda semakin naik.

Jangan panik, kami bawakan Awie Shuk seorang pemuda yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 33kg ini ada berkongsi tip dan beberapa cara untuk anda diluar sana turunkan berat badan sepanjang PKP ni yang sempat ditemu ramah melalui Privet Message di Facebook.

“Saya turun sebanyak 33kg, walaupun PKP tak menghalang kita untuk turun kan berat badan tinggi saya hanya 183cm sahaja. Saya mengamalkan makan 5 kali sehari namun saya masih boleh turun daripada 112kg ke 79kg.” katanya.

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari”

Dia memberitahu dia sudah lama tidak mengambil makanan segera. Malah, dia turut memotong dan mengurangkan pengambilan gula, masin dan berminyak dalam masa yang sama.

Menurutnya tiada rahsia yang dia amalkan selain daripada bersenam dan menjaga pemakanan. Dia turut akui setiap hari selepas pulang ke kerja dia akan melakukan senaman. Malah termasuk hari ini, sudah 4 bulan dia mengamalkannya.

“Saya terus displinkan diri dan kekalkan makanan yang saya amalkan sepanjang diet 4 bulan itu untuk pastikan usaha turun berat badan berhasil. Saya amalkan skipping setiap hari 500 (buat 50 rest 10 saat sambung balik sampai 500) dan plank 1 minit setiap hari.

“Ya, saya bersenam setiap hari untuk turun berat badan di rumah musim PKP ini. Tetapi oleh kerana saya masih berkerja sebagai Posmen di Pos Malaysia, saya bersenam selepas habis waktu kerja di rumah.” Katanya lagi.

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun Berat Badan 33kg, PKP Tak Halang Misi Untuk Kurus! “Saya Skipping 500 Kali Setiap Hari”

Menu Harian Untuk Turun Berat Badan

Dia turut tidak lokek untuk berkongsi beberapa menu yang sering menjadi pilihannya. Antaranya ialah seperti di bawah;

Breakfast (7-8.00 pagi): Sandwich / roti wrap bersama isi ayam / telur / tuna…

Snack (10.00 pagi): buah atau kacang

Lunch (1-2 .00 petang): Nasi suku [email protected] 2 senduk rata,lauk isi ayam / ikan /

  • lauk lain pon boleh suku pinggan (elakkan berkuah pada lauk)
  • sayur separuh pinggan

Snack (4.00 petang): Kacang / buah

Dinner (8.00 malam): Rolled oat bersama pisang (buah lain pon boleh) di blend dengan susu lowfat ducth lady 1 kotak kecil sudah mencukupi.

“Bagi saya musim PKP ni lah sesuai untuk berdiet sebab banyak masa di rumah. Boleh masak sendiri menu yang sihat. Malah kita juga dapat kawal pengambilan minyak, gula dan garam dalam masakan.

“Masa untuk bersenam di rumah pun banyak. Kalau rasa lapar minum air kosong atau makan buah buahan. Diet biarlah seimbang Selalunya yang jadi sebelum PKP ni diet tahan lapar ataupun x makan nasi, namun bila dah PKP ni mulalah sekali makan nasi akan makan dua kali ganda dan naik berat badan semula, kita tak nak sesuatu yang begini ya.”ujarnya sebelum mengakhiri perbulanan tersebut.

Awie meminta orang ramai untuk jadikan kisahnya sebagai pembakar semangat dan doakannya untuk istiqomah dalam usaha turun berat badan dan dapat mencapai berat badan ideal.

TERUSKAN MEMBACA

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here