Rahsia Masak Nasi Lemak Sedap Bertambah-Tambah! Ada Bahan Kena Tumis Dulu!

Rahsia Masak Nasi Lemak Sedap Bertambah-Tambah! Ada Bahan Kena Tumis Dulu! | Nasi lemak memang menu paling tersohor kalau di Malaysia ni selain dari roti canai, dari level nasi lemak gerai jalanan ke nasi lemak dalam kapal terbang menu ni memang pada kedudukan top order!

Meskipun ada yang cakap kerap makan nasi lemak ni boleh mengundang kepada kegemukan di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi tak boleh nak salahkan nasi lemak ni sebab kalau diri sendiri tak boleh kawal sampai makan bertambah-tambah pinggan.

Bagi ibu-ibu yang suka masak sendiri nasi lemak mesti masing-masing dah ada rahsia resipi sendiri yang diperturunkan dari generasi ke generasi dalam keluarga. Tapi tidak kurang juga yang suka mencuba pelbagai variasi nasi lemak.

BACA: Jom Cuba 7 Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Lebih Padu Rasanya

Antara komplen kaum wanita bila masak nasi lemak adalah kenapa nasik lemak yang dibuat tak sesedap yang dimakan di kedai.

Cukup masin, harum dan rasa lemaknya. Kalau nak tahu ada cara tertentu untuk hasilkan nasik lemak yang sedap.

Ini cara yang dikongsi oleh Nur Aisya yang sebelum ini sudah mencuba pelbagai resipi namun cara inilah yang paling sedap sekali hasilnya.

Menurutnya sebelum masak nasi lemak tumis dulu bahan berikut:

  • Bawang besar hiris
  • Halia hiris
  • Halba
  • Daun pandan

Selepas wangi, masukkan beras dan goreng bersama bahan tumis tadi. Kemudian tuang santan dan air. Masukkan sedikit garam dan secubit gula.

Rasanya macam nasik lemak orang tua kita buat.

Hasilnya

Selamat mencuba

Sumber: Nur Aisya

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + nine =