Rahsia Kawal Darah Tinggi Gunakan Ulam Perkongsian Dato’ Dr. Hamid Arshat

Muda-muda pun, ramai dah kena penyakit ni! Ramai tak tahu kawal darah tinggi sebab tak tahu puncanya. Antara penyebab popularnya ialah merokok, obesiti, kolesterol tinggi, stres dan banyak makan makanan masin. Tapi masih ramai yang susah nak berhenti merokok atau menjaga pemakanan seharian mereka.

Penyakit darah tinggi, atau hipertensi adalah sejenis penyakit kronik yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi, contohnya strok dan kematian. Pesakit selalunya perlu bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor bagi mengekalkan tekanan yang normal.

Sebenarnya, penyakit ini darah tinggi ini boleh dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup sihat. Namun jika ia masih berlaku, rahsia yang dikongsi oleh Pakar Sakit Puan terkenal, Dato’ Dr. Hamid Arshat ini mungkin sesuai diamalkan. Bukan susah pun, jom buat sekarang!

Kawal Darah Tinggi

Beberapa panduan yang baik untuk mengawal tekanan darah dalam badan kita dari muda sehingga tua. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mula menghidap penyakit darah tinggi meskipun mereka tiada sejarah keluarga yang menghidapnya. ulam raja, kawal pemakanan, kawal darah tinggi, petua kawal darah tinggi, Dato’ Dr. Hamid Arshat, petua Dato’ Dr. Hamid Arshat, tip Dato’ Dr. Hamid Arshat

Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 MmHg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal darah tinggi. Alhamdulillah biasanya pressure akan turun 130/80 mmHg.

Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat timbunan lemak pada dinding (atherosclerosis). Ia sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksigen dan makanan kepada tisu dalam organ-organ terpenting.

Jadi risikonya dalam jangka panjang ialah serangan jantung, strok serta macam-macam lagi gejala kesihatan yang anda tak sangka boleh berlaku pada anda. 7 rahsia kawal darah tinggi saya:

(1) Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan tinggi karbohidrat. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, coklat dan jauhi air bergas. Satu lagi nasihat saya yang nak kawal darah tinggi, kurangkanlah makan daging merah seperti lembu dan kambing.

BACA JUGA: Inilah 6 Cara Mudah Untuk Mencegah Penyakit Stroke Dari Berlaku

(2) Bersenam 30 minit setiap hari. Senaman dapat meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ, disamping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga dapat merembes hormon endorfin daripada otak agar menjadikan kita lebih tenang dan ceria.

(3) Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat mengawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, bertafakur dan lakukan deep breathing exercises, umpamanya yoga.

(4) Ambil makanan yang mengandungi vitamin C, beta karotena, flavonoid dan antioksidan yang membantu mengawal tekanan darah dengan menyekat chronic inflammation serta membaik pulih sel-sel dan tisu-tisu.

(5) Amalkan memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi serta ulam-ulaman. Antaranya ulam raja, sambung nyawa dan pudina. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga bersifat anti-kanser. Banyakkan makan buah mangga, tembikai, keledek merah, lobak dan berries.

(6) Minum jus lemon, air limau nipis, limau kasturi dan grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau ni boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti-inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-duanya mengandungi bahan antioksidan dan anti-inflammatory.

(7) Ambil minyak ikan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun. Khasiat ikan salmon dan makerel ni terbukti sangat baik dan ia mengandungi Omega-3 serta DHA. Juga berfungsi sebagai anti-inflammatory.

Perkongsian foto laman rumah Dato’ Dr. Hamid Arshat ini. Penuh dengan ulam raja, gemuk-gemuk pokoknya!ulam raja, kawal pemakanan, kawal darah tinggi, petua kawal darah tinggi, Dato’ Dr. Hamid Arshat, petua Dato’ Dr. Hamid Arshat, tip Dato’ Dr. Hamid Arshat

ulam raja, kawal pemakanan, kawal darah tinggi, petua kawal darah tinggi, Dato’ Dr. Hamid Arshat, petua Dato’ Dr. Hamid Arshat, tip Dato’ Dr. Hamid Arshat

Seperti yang beliau katakan, ulam raja ni baik untuk mengawal kolesterol dan gula dalam darah. Kita pun boleh amalkan cara semula jadi untuk kawal darah tinggi ni tau, caranya kisar pucuk ulam raja dan campurkan sedikit madu asli.

Boleh juga campurkan epal hijau atau lobak merah bagi menambah khasiat jus. Minum seminggu sekali pun ok, cubalah memang berkesan untuk kawal darah tinggi! Norzalina Mohd Alias

Sumber: Dato’ Dr. Hamid Arshat

BACA JUGA: Turunkan Darah Tinggi Dengan Kelapa Muda, Halba & Serai

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five + six =