Racun Ulat Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Dapur Saja, Berkesan dan Jimat!

Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.

Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?

Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri

Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.

Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri

Bahan-bahan:

  • Bawang Putih
  • Cili
  • Sabun Basuh Pinggan

Cara:

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.

2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri

3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.

4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri

5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.

6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.

racun tanaman, ulat tanaman, ulat makan tanaman, racun bunuh ulat tanaman, buat sendiri racun ulat, racun ulat buatan sendiri

Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!

Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni. Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.

BACA JUGA: 4 Bahan Ni Digabungkan Jadi Racun Serangga Perosak, Kucing & Tikus Pun Boleh Juga!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment