Ketahui 8 Punca Orkid Tidak Berbunga Dan Cara Untuk Mengatasinya

Ketahui 8 Punca Orkid Tidak Berbunga Dan Cara Untuk Mengatasinya | Sebenarnya orkid tidak susah ditanam, yg penting tentang keperluannya saja. Ini penting untuk anda ketahui dan ambil berat kerana ia adalah benda hidup seperti manusia yang memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai seperti makanan, minuman unutk hidup.

Menjadi tanggungjawab utk menyediakannya dan pastinya anda akan gembira bila melihat ia subur dan mengeluarkan bunga yang cantik..SubhanaAllah…

Namun, menanam orkid tidak lah semudah yang disangka. Jika salah teknik, pokok merajuk dan orkid tidak berbunga.

8 Punca Orkid Tidak Berbunga

Antara Faktor yang menyebabkan orkid tidak berbunga bukan lah sebab pokok tu merajuk atau malas tapi adalah seperti berikut:

1. Stres kerap dipindahkan. Hal ini bakal mendesak pokok orkid untuk beradaptasi dan mencari pencahayaan yg tepat untuk proses fotosintesis

2. Kurangnya penyiraman menyebabkan bahagian daun dan batang kekurangan air dan mengecut

3. Pencahayaan yang kurang tepat terlalu panas dan terlalu teduh. Sediakan keperluan tanaman mengikut jenis orkid. nak tahu, tanya pada penjual atau yang lebih pakarorkid

4. Pemberian baja yang salah misalnya baja yang digunakan mengandungi kadar nitrogen dan kalium lebih tinggi berbanding fosforus. Secara asasnya, tumbuhan berbunga atau berbuah termasuk orkid memerlukan unsur nutrien fosforus (P) dan Kalium (K) yang lebih tinggi berbanding Nitrogen (N) untuk membolehkan mereka berbunga atau berbuah. Gunakan baja yang high P and K untuk orkid yang mencapai blooming size.

5. Hilangnya fungsi akar yang tidak dapat menyerap nutrisi tanaman

6. Kerdil kerana penggunaan baja kimia yang berlebihan.

7. ‘Highland or Lowland’ Orkid dari tanah tinggi sukar atau tidak boleh berbunga di dataran tanah rendah tetapi boleh hidup.

8. Spesis atau Hybrid. Biasanya spesis berbunga mengikut musim, Hybrid boleh dikatakan agak free flowering jika dibandingkan dengan spesis. kenal pasti dulu jenis orkid anda.

Tips untuk membungakannya;

1. Sinar matahari pagi antara jam 6 pagi sampai jam 9 pagi sangat baik untuk proses pembungaan. sebaiknya letakan orkid/anggerik agar terkena sinar matahari pagi

orkid

2. Siram dengan larutan berkadar fosforus seperti larutan kulit pisang. penyiraman di lakukan sebelum dan sesudah terjemur matahari pagi agar kadar fosforus mudah diserap oleh akar tanaman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 + eight =