Jangan Pandang Remeh, Ini 7 Punca Badan Letih Lesu Dan Mengantuk

Jangan Pandang Remeh, Ini 7 Punca Badan Letih Lesu Dan Mengantuk | Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih.

Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis kononnya nak tambah tenaga.

Hati-hati ya sebenarnya itu mungkin petanda terlalu banyak toksin dalam tubuh dan menyebabkan badan letih dan lesu. Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda.

Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh letih dan lesu mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.

Dibawah ini admin senaraikan perkara-perkara besar punca badan letih lesu dan petua hilangkan badan letih lesu semua tu.

1. Sembelit

Sistem usus setiap hari bantu tubuh untuk membasmi kandungan toksin. Apabila seseorang diserang sembelit (kesukaran membuang air besar), ini bermakna tubuh kita secara senyap sedang mengumpul toksin sehingga menyebabkan tubuh memberi reaksi negatif dan mengundang sembelit.

Perut juga akan terasa pedih malah akan mempengaruhi penyakit lain timbul seperti sakit kepala, sakit dan lenguh-lenguh badan serta kepenatan yang melampau.

Antara punca utama menyebabkan toksin terkumpul adalah rutin pengambilan makanan proses yang sebenarnya dipenuhi kimia, bahan perosakk serta pengawet.

2. Mengapa Cepat Mengantuk

Dah tidur awal secukupnya pun masih berasa letih keesokan paginya? Ini mungkin merupakan tanda bahawa tubuh anda sukar membebaskan toksin.

Setiap hari toksin terkumpul tanpa dikeluarkan membuatkan tubuh anda semakin letih dan kesilapan yang anda lakukan adalah mengambil lebih banyak makanan manis dan minuman kopi untuk terus mengekalkan tenaga.

Walhal makanan sebegitulah yang akan merosakkan hormon dan sistem imunisasi lalu menyebabkan tubuh dilimpahi toksin berbahaya. Inilah diantara punca mengapa cepat mengantuk.badan letih, badan banyak toksin, tanda toksin penuh dalam badan, terlalu letih, sembelit, sakit kepala, tanda badan bertoksin

3 Sakit Kepala

Apabila seseorang mengalami tekanan, tubuhnya akan melepaskan sejenis hormon ke dalam saluran darah untuk menstabilkan kembali fungsi normal tubuh (supaya berasa lebih relaks).

Tetapi, andainya individu berkenaan terus-menerus berasa tertekan untuk jangka masa yang panjang, hormon itu akan terkumpul lalu menjadi toksin sehingga menyebabkan sakit kepala serta migrain.

Ketika berasa tertekan, lekas cari ruang yang gelap untuk lelap dan berehat menenangkan diri dan pastinya badan penat dan lesu itu dapat dipulihkan segera selepas tidur yang lena.

4. Lidah Berwarna Kuning/Putih

Lidah berwarna kuning lazimnya berpunca daripada keadaan organ hati yang terjejas. Sebaik kulit dan bebola mata juga sudah berubah menjadi kuning, sila lekas berjumpa doktor kerana hati dan hempedu anda mungkin sudah berada dalam keadaan kritikal.

Manakala, lidah berwarna putih yang dikaitkan dengan simptom toksin boleh juga menandakan jangkitan atau kondisi prabarah.

5. Masalah Kulit

Masalah kulit beruam dan berjerawat adalah angkara yang sering dikaitkan dengan toksin dalam badan.

Untuk pengetahuan umum, jerawat biasanya timbul disebabkan kandungan toksin yang terdapat dalam makanan serta rangkaian penjagaan kulit.

Adakalanya, keadaan mata sembab berkantung dan eczema atau psoriasis juga merupakan simptom tubuh anda mengandungi toksin berlebihan dan bukan sekadar badan letih dan lesu je.

6. Perut Berlemak (Buncit)

Badan kurus tapi perut buncit? Sebuah kajian terbaharu dari Sweden mendapati toksin jenis PCB (polychlorinated biphenyl) mempunyai hubung kait dengan lemak perut. Toksin ini akan menggalak tubuh untuk menyimpan lemak berlebihan pada kawasan sekitar perut.

Cara terbaik untuk membebaskan toksin jika anda mengalami perut buncit sebegini adalah bersenam secara kerap, mengambil makanan sihat, makan dalam kuantiti kecil dan tidur secukupnya.badan banyak toksin, tanda toksin penuh dalam badan, terlalu letih, sembelit, sakit kepala, tanda badan bertoksin

7. Sering Berasa Panas

Seseorang lebih kerap akan berasa panas kerana kandungan toksin dalam tubuh yang semakin meningkat. Cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan berpuasa.

Ini akan mengurangkan had diri anda untuk makan makanan yang berasaskan lemak tepu serta bergula. Tapi hati-hati kerana kadang-kala apabila berpuasa tubuh akan terdedah kepada masalah dehidrasi.

Petua hilangkan badan letih & mengantuk dengan mudah dan percuma.

Seperti biasa bila kita sihat memang kita tak hiraukan bab sakit. Bila dah kena sakit barulah nak mengadu pada Tuhan sembuhkanlah daku..sembuhkanlah daku, sebab kos perubatan mahal atau tak beli takaful.

Waktu sihat pernah kita bersyukur?
Kita amat jarang hargai benda-benda yang percuma.

Minumlah banyak air kerana itu akan bantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan boleh makan banyak yogurt serta tempe untuk melancarkan sistem penghadaman.

Dalam masa yang sama untuk menghilangkan badan letih dan lesu, jangan lupa untuk memberus sekali lidah semasa memberus gigi kerana pada bahagian lidahlah banyak sisa makanan yang tertinggal seterusnya menjadi toksin kerana tidak dibersihkan secara rapi.

Oh! Menghirup udara dalam-dalam sebelum melepaskan juga dapat membebaskan toksin menerusi paru-paru.

Selamat beramal! ❤

Nota letih : Anda suka dengan artikel tanda-tanda badan letih dan lesu anda bertoksin ni? Apakata anda kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Boleh bertambah ilmu pengetahuan ini dan membantu mengelakkan badan bertoksin. Jangan lupa follow Telegram kami! 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

14 − 2 =