Prosedur Betul Buang Jarum Pen Insulin Selepas Guna, Elak Orang Lain Tercedera & Dijangkiti

Prosedur Betul Buang Jarum Pen Insulin Selepas Guna, Elak Orang Lain Tercedera & Dijangkiti | Insulin merupakan ubat yang diambil oleh penghidap penyakit diabetis.

Namun, bukan semua penghidap diabetis memerlukan pengambilan insulin dan beranggapan bahawa kehidupan mereka akan berakhir apabila perlu mengambil ubatan sebegini.

Penting juga untuk para pengguna insulin dan jarum suntikan insulin mengetahui cara yang betul untuk membuang jarum tersebut selepas penggunaan.

Ini untuk memastikan bahawa bukan sahaja kebersihan dapat dijaga, malah memudahkan juga proses pengutipan sampah.

BACA JUGA: Berhati-Hati Anda Mungkin Tak Sedar Inilah 12 Tanda-Tanda Anda Mengambil Banyak Gula Dalam Sehari

CARA PEMBUANGAN JARUM PEN INSULIN

Pembuangan jarum pen insulin yang telah digunakan dengan selamat dapat membantu menghalang orang lain terutama pekerja yang mengutip sampah dari tercedera dan dijangkiti penyakit.

1. Buang jarum yang telah digunakan ke dalam bekas, contohnya botol air minuman & botol plastik sabun pencuci.

2. Apabila telah penuh, pasangkan penutup bekas dengan ketat dan sempurna.

3. Buangkan ke dalam tong sampah atau serahkan kepada farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan untuk pelupusan.

Jarum Pen Insulin

*Pastikan anda buang dengan betul ya!

Sumber: Public Health

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

13 − one =