Minuman Redbull Untuk Galakkan Pokok Lemon Yang Malas Berbuah

Limau Lemon adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya sederhana besarl dan bulat bujur berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat.

Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau keputihan atau kekuningan, berair tetapi masam. Kandungan pH atau kemasaman buah lemon lingkungan pH 2 – pH 3 iaitu sangat masam.

Tanaman ini sesuai ditanam dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Tanah yang sesuai adalah dari pelbagai jenis tanah tetapi didapati lebih subur ditanam di atas tanah jenis lom berpasir. Tanaman ini mesti ditanam dikawasan yang mempunyai saliran sempurna kerana ianya tidak tahan dengan banjir.

Limau Lemon senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Benih ini ada di jual di nurseri swasta dengan anggaran harga antara RM 5.00 – RM 12.00 sepokok bergantung kepada saiz pokok varieti. Jika anakbenih dibiak secara tut maka biasanya pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal iaitu 2-3 tahun berbanding dari biji benih hingga 4-5 tahun.

Ini juga dapat mengelakkan serangan nematod dan Citrus Greening Disease yang perlu di elakkan pada peringkat awal lagi.

Sekarang ni, kalau pergi ke rumah-rumah mereka yang ada kitchen garden atau edible garden, pokok lemon antara yang wajib ada. Tapi kebanyakan lemon yang di tanam di Malaysia buah nya tak macam yang jual di pasaraya.

Terdapat banyak jenis lemon yang ditanam di Malaysia antaranya Lemon belian, Lemon telur buaya dan pelbagai lagi. Yang nama lemon telur buaya tu sebab bentuknya yang lonjong dan besar. Ada juga yang nama nya lemon, tapi tidak berwarna kuning macam yang dijual di pasaraya.

Bukan nya susah pun tanaman lemon di Malaysia. Cara dan kaedah tanaman nya sama macam pokok-pokok sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi dan sebagainya.
Tapi, pokok lemon biasanya kedekut sikit untuk keluarkan buah yang banyak.

Cara Nak Galakkan Pokok Lemon Berbuah

Jadi, untuk galakkan pokok lemon anda menghasilkan buah yang optimum, Boleh cuba guna semburan foliar yang dihasilkan sendiri menggunakan redbull.

pokok lemon

BACA JUGA :: Didihkan Lemon,Halia & Bawang Putih Minum Waktu Pagi Banyak Khasiatnya

Bahan-bahan:

  • 1 Tin Redbull
  • 1Tbsp Ajinomoto
  • 1Tbsp Belacan
  • 10Tbsp MOL buah
  • 20 liter Air tanpa klorin

Cara-cara:

    1. Campurkan semua bahan dan di kacau rata
    2. Tanpa perlu diperam, masukkan air bancuhan ke dalam botol penyembur
    3. Sembur pada keseluruhan permukaan daun sebulan sekali. Kalau sudah nampak bunga keluar, tak perlu sembur lagi. Semburan hanya perlu di lakukan setiap kali selesai musim berbuah.

pokok lemon

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 + 7 =