Home All Petua Tanaman Ini Sebabnya Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Boleh Punca Pokok Mandul!

Ini Sebabnya Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Boleh Punca Pokok Mandul!

625
0
Ini Sebabnya Pokok Berbunga Tapi Buah Tak Lekat, Boleh Punca Pokok Mandul!

Bagi mak-mak yang suka berkebun, perasan ada ketika pokok yang kita tanam pokok berbunga dah namun putiknya gugur dan menjadi sebab ia tak jadi berbuah. Walaupun kita dah letak baja, cahaya matahari dan siram air secukupnya.

Sebenarnya cuba perhatikan dua faktor yang menjadi punca buah tak lekat seperti yang dikongsikan oleh Sepang FarmVil ini walaupun sakan pokok berbunga.

Pokok berbunga tapi buah tak lekat. Cuba perhatikan dua faktor berikut:

1. Pasu/Bekas yang Kecil

Pasu/bekas yang kecil menyebabkan akar terkumpul dalam pasu dan tidak dapat terus berkembang.

Boleh cuba tebuk bahagian bawah pasu. Atau gantikan dengan bekas yang lebih besar. Atau tanam terus ke dalam tanah.

Saya ada satu pokok lemon yang sebelum ini hanya sempat berputik, kemudiannya luruh. Setelah saya keluarkan dari pasu, saya dapati akarnya telah terlalu padat. Setelah dipindahkan ke tanah, alhamdulillah banyak buah yang lekat.

BACA JUGA :: Nak Tanam Pokok Lemon Dalam Pasu? Semai Cara Ni Benih Lagi Cepat Tumbuh!

pokok berbunga

2. Semut Hitam

Terdapat semut hitam yang merosakkan bunga dan akhirnya bunga tersebut gugur.

Boleh cuba letak ubat semut untuk menghalau. Atau gunakan kerengga. Yaa. Kerengga boleh menghalau semut dan membantu sebagai agen pendebungaan.

Saya ada satu pokok bidara epal yang berbunga lebat, tapi tiada satu pun buah yang lekat. Saya dapati ada semut kecil yang berkampung di sekitar bunganya.

Saya ambil satu sarang kerengga dan letakkan pada pokok tersebut. Alhamdulilah berhasil dan sekarang banyak putik buah yang ada.pokok berbunga

Boleh mencuba jika mempunyai masalah yang sama. Moga berjaya!

Sumber: Sepang FarmVill

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here