Home All Petua Kesihatan Diri Petua Tradisional Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

Petua Tradisional Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis

3324
1

Petua Tradisional Rawat Buasir Menggunakan Kulit Manggis | Buasir atau dikenali juga sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur.

Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

rawat buasir

Buasir akan menyebabkan bahagian dubur menjadi bengkak. Adakalanya akan terasa seperti ada benjolan di bahagian luar dubur.

Bengkak ini boleh menyebabkan pendarahan ketika individu yang menghidap buasir mengalami sembelit atau bila najis keras bergesel dengan bahagian dubur yang membengkak.

Pesakit buasir kerap akan berasa tidak selesa di bahagian dubur, lebih-lebih lagi ketika melalui proses pembuangan air besar.

Sebelum kita rawat buasir kita kena tahu juga jenis buasir yang dihadapi supaya lebih mudah untuk rawat buasir tersebut.

Kenali Jenis Buasir Dalaman dan Buasir Luaran

Buasir Dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan rasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

Adakalanya pesakit yang mempunyai buasir dalaman juga boleh terasa seperti ada ketumbuhan yang keluar dari lubung dubur, lebih-lebih lagi ketika proses membuang air besar.

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Kebanyakan dari kita mungkin biasa dengar tentang buasir luaran. Ia mengakibatkan simptom-simptom lazim seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Buasir luaran memerlukan perhatian dan rawatan lanjut kerana kesakitan yang timbul boleh mengganggu kelancaran aktiviti harian.

Kebiasaan tanda-tanda awal berlaku sewaktu pesakit meneran semasa membuang air besar. Pesakit berasa sangat sakit kerana Buasir yang sudah membengkak bergesel dengan najis yang hendak keluar menyebabkan rasa sakit dan perit yang amat sangat.

Simptom Buasir:

  • Rasa sukar untuk membuang air besar
  • Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar
  • Bengkak dan gatal di bahagian dubur kebiasaannya selepas membuang air besar
  • Rasa sakit di bahagian dubur
  • Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama

Punca Buasir:

  • Kerap sembelit sehingga terpaksa meneran dengan kuat untuk membuang air besar
  • Mengalami cirit birit untuk tempoh yang agak lama
  • Kurang mengambil makanan yang tinggi serat
  • Kurang minum air
  • Mengandung atau bersalin
  • Berat badan berlebihan

Rawat Buasir Dengan Petua Tradisional:

1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh (Bersihkan). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak agak suam suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.

Anda boleh cuba petua tradisional rawat buasir ini memandangkan bahan-bahanya mudah untuk dicari dan caranya tidak lah susah cuma kena rajin amalkan untuk rawat buasir tersebut.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here