Wanita Berniaga Ini Kongsi Petua Nak Jimatkan Kos Tapi Masakan Tetap Sedap!

Kalau buat sos sendiri, ini akan jimatkan kos kaum mak-mak yang ada keluarga besar dan sangat berguna kalau anda ada niat nak berniaga sebab semua resepi yang dikongsikan Puan Rohaizan Saarisangat mudah!

Macam mana buat, mak-mak boleh rujuk bahan-bahan apa yang diperlukan, nanti boleh buat stok dalam peti di rumah.

Mayonis, sos lada hitam, sos cili semuanya saya buat sendiri, jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ini semua nak save… buat sndiri terjamin kebersihannya. Dapat pujian sedap dan kekalkan rasanya!

Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya.

BACA JUGA: Resipi Fish Cake Homemade. Dijamin Bersih, Suci Dan Halal. Rupanya Senang Je Nak Buat

Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer. Black papper saya tak pasti, saya berniaga jadi tak sempat simpan lama dah habis!

Saya buat lagi, seminggu 2 kali buat kuantiti seperti dalam gambar tu. Cuba sikit dulu, kalau ok baru buat banyak ya kawan-kawan.jimat kos memasak, jimat kos masakan, buat mayonis sendiri, buat sos lada hitam sendiri, buat sos cili sendiri, homemade sos lada hitam, homemade mayonis, homemade sos cili

Mayonis

  • Telur 4 biji (yang belum dimasak, ambil putih dan kuning telur sekali)
  • Gula 4 sudu besar
  • Garam satu sudu besar
  • Lemon separuh biji (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikn dengan sesudu besar cuka makan)
  • Minyak masak 2 cawan.

Ketahui Cara Buat:

  • Masukkan semuanya kecuali minyak dan blend, bila dah sebati baru masukkan minyak dan pastikan blend hingga putih likat.
  • Kemudian masakkn dengan api yang paling kecil kacau hingga pekat. Jangan sampai mendidih pula ye. Ikut pekat yang kita mahu je. Dah sejuk blend kan untuk dapatkan tekstur yang halus… siap!

Resepi sos black papper

jimat kos memasak, jimat kos masakan, buat mayonis sendiri, buat sos lada hitam sendiri, buat sos cili sendiri, homemade sos lada hitam, homemade mayonis, homemade sos cili

  • 2 sudu lada hitam direndam slme 4 jam (kalaau nk rasa lebih pedas boleh lebihkan) diblend dgn air rendaman tu sekali..
  • Tepung gandum 3 sudu besar
  • 1 biji Bawang holland dicincang
  • Kiub ayam seketul
  • Air secawan
  • 3 sudu besar butter
  • Sos lada hitam 2 sudu besar (tak ada pun tak apa)
  • Sos tiram 2 sudu besar (kalau x nak isi pun tak apa)
  • Kicap 2 sudu untuk warna (tak isi pun tak apa)

Ini cara-cara:

  • Cairkan butter.
  • Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau dan masukkn tepung kacau-kacau hingga sebati. Masukkn air dan kiub ayam. Kemudian kicap untuk warna yang kita mahu. Masuk gula jika mahu, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita mahu… siap!

Buat Sos Cili Thai

jimat kos memasak, jimat kos masakan, buat mayonis sendiri, buat sos lada hitam sendiri, buat sos cili sendiri, homemade sos lada hitam, homemade mayonis, homemade sos cili

  • Lada besar 10biji (buang biji)
  • Lada kecil merah 5 biji (kalau nak pedas boleh lebihkan)
  • Bawang putih 3 @ 5 ulas
  • Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
  • Tepung jagung 3 sudu atau lebih. Untuk memekatkn (bancuh bersama sdikit air)
  • Garam sdikit
  • Cuka 2 sudu besar
  • Air 4 cawan

Cara Untuk Buat:

  • Lada diblend dengan bawang putih.
  • Masukkan dalam periuk dan masak sehingga didih. Kemudian masukkn gula cuka garam sedikit. Air 4 cawan (boleh lebihkn) dan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kepekatan dan ikut kemanisan yang kita mahukan. Siap.

BACA JUGA: Cara Sebenar Siang Ikan Keli, Kena Buang Darah Beku Barulah Tak Hanyir & Berbau Selepas DiMasak

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 + ten =