Petua Berkesan Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semulajadi

Petua Berkesan Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu Secara Semulajadi | Kepada pesakit yang menghidap penyakit batu karang dalam hempedu, pastinya tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang kesakitan penyakit tersebut. Rasa nak putus nyawa!. Rawatan batu karang secara semulajadi ini mungkin dapat membantu anda secara konsisten.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada pembaca bagaimana seorang pesakit yang menghidap penyakit batu karang hempedu mencuba sendiri petua rawatan alternatif sehingga sembuh dari penyakit yang sangat menyakitkan ini. Ini boleh dikatakan makanan untuk pesakit batu karang sebenarnya.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan jauh lebih murah dari rawatan moden. Hanya sebagai peringatan kepada anda yang mahu mencuba, jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Nak dikatakan rawatan tradisional batu karang, tidak juga. Boleh saya katakan ini ialah kaedah alternatif

Jika ada yang mengambil ubat-ubatan lain, boleh juga dapatkan pendapat doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Contohnya ubat darah tinggi atau kencing manis.

Jom saya tunjuk kaedah yang dikatakan rawatan batu karang menggunakan bahan semulajadi tu.

Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus saya terfikir macam manalah nak buat. Nak ‘operate’ sampai sekarang takut. Fikir punya fikir saya teringat yang dua tahun lepas saya ada baca alternatif petua buang batu karang dalam hempedu cara tradisional tu.

Terus teringat yang Prof Dr. Hamid Arsyat ada posting petua yang sama di wall FB beliau. Jadi saya cari balik petua tu dan study dari testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya saya mesti buat petua tu kalau nak sihat. Sebab sampai bila saya nak menanggung kesakitan ni dan bergantung kepada ubatan?

Dua tahun lepas nak buat ragu-ragu sebab tak ada testimoni, takut pula keracunan bila cuba petua tersebut tambah masa tu menyusukan Ali, takut pula terkesan pada Ali. Banyak benar takut kan. Dalam takut-takut, sebab dah sakit dalam bulan puasa ni saya redah juga buat petua tu demi nak hilang sakit.

Walaupun sekarang saya menyusukan Arif saya tetap nekad nak buat bila fikir bahan-bahan yang nak gunakan pun bahan organik. Insha Allah selamat walaupun Arif menyusu. Dalam hati cuak juga.

Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers buat posting pasal petua ni. Kalau google mesti ada punya.

Proses mengambil masa 6 hari. Keputusan hari ke tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.

Petua Rawatan Batu Karang Menggunakan Bahan Semulajadi

rawatan batu karang,batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Bahan-bahan

  • Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)
  • Lemon (3 biji)- setengah gelas
  • Garam Epsom – 2 sudu teh
  • Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas)

Nota:

  • Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.
  • Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
  • Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.rawatan batu karang,batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Cara yang saya buat;

Hari 1 hingga hari ke 5
Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji lagi makan begitu sahaja.
Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.

Hari Ke 6
6 pagi – Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
12 tengahari – Ulang minum air garam epsom.
6 petang – minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml. Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.rawatan batu karang, batu karang hempedu, batu karang, pecahkan batu karang hempedu, buang batu karang hempedu, petua merawat batu karang hempedu

Proses Rawatan Batu Karang

  • Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar.
  • Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung.
  • Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.
  • Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.

Untuk kesan rawatan batu karang yang lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi. Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati. Pastikan anda tahu juga punca batu karang ni berlaku sebelum membuat rawatan.

Saya harap dengan perkongsian pengalaman sendiri rawatan batu karang dengan mengamalkan petua ini ramai yang sedang menderita sakit batu karang hempedu boleh mencubanya tanpa was-was. Boleh juga kongsikan petua ni kepada keluarga atau kenalan anda, mana tahu hari ini kita sihat esok lusa belum tentu.

Semoga memberi manfaat.

BACA JUGA: Minuman Untuk Cuci Buah Pinggang Dan Lawas Kencing

Jika anda suka dengan artikel rawatan batu karang secara semulajadi ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four + 7 =