Home All Petua Kesihatan Diri Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan!

Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan!

4785
0
Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan! 1

Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan! | Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan kahak, debu atau jerebu melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali.

Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak memerlukan pengubatan khusus. Pemakaian ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk.

Namun kadang kala batuk telah mulai sembuh namun kahak masih ada di dalam rongga pernafasan kita. Ini menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada dan adakalanya kita akan rasa seperti sukar untuk bernafas.

Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan! 2

9 Petua Menghilangkan Kahak Menggunakan Bahan Semulajadi

Mesti ramai yang dah cuba ubat mencairkan kahak dan pelbagai lagi jenis ubat di farmasi namun belum mendapatkan hasil yang positif. Jadi kami ingin kongsikan 9 petua menghilangkan kahak secara semulajadi dan berkesan:

1. Stim @ Wap panas

Yang ni adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda. *CAUTION: Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda. Sambil tu tepuk-tepuk belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.

2. Madu

Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

BACA JUGA: Sakit Tekak Petanda Anda Nak Demam? Cepat Rawat Guna Petua Ni!

3. Larutan air garam

kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah. Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.

4. Nanas

Buah nanas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nanas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nanas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.

5. Makanan bercili

Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda.

Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu menghilangkan kahak pekat di tekak anda.

6. Kunyit

Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu.

Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia menghilangkan kahak yang terkumpul.

7. Teh bunga Chamomile

Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit.

Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.

8. Bawang putih

Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu menghilangkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.

9. Minum air kosong banyak

Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menghilangkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk clearkan kahak.

Selamat mencuba dan kalau boleh kongsikan artikel ni dengan rakan-rakan anda yang lain. Jika anda ada petua lain yang pernah dicuba dan berkesan bolehlah kongsi di komen.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here