Home All Petua Dapur Inilah 8 Petua Melembutkan Ayam Pencen, Isi Lembut & Mudah Di Makan

Inilah 8 Petua Melembutkan Ayam Pencen, Isi Lembut & Mudah Di Makan

10612
0
melembutkan daging ayam 1
Inilah 8 Petua Melembutkan Ayam Pencen, Isi Lembut & Mudah Di Makan 2

Berapa Ramai Yang Tahu Cara Melembutkan Daging Ayam Pencen?

AYAM PENCEN atau AYAM TELUR TUA merupakan satu istilah yang diberikan kepada jualan ayam telur yang telah tidak produktif lagi untuk menghasilkan telur dan disembelih untuk dagingnya.

Ayam telur merupakan jenis ayam yang diternak untuk menghasilkan telur ayam dan mempunyai sistem menternak yang berbeza dengan ayam daging. Kalau menternak ayam daging memang jelas untuk menghasilkan daging ayam segar dalam tempoh singkat iaitu diantara 35 – 40 hari sahaja.

Ayam Telur selalunya hanya bertelur secara aktif mulai daripada minggu ke 22 hingga minggu ke 74. Selepas itu pengeluaran mulai menurun kerana ia sudah penat dan umurnya sudah tua atau kita mudah katakan sebagai ayam sudah masuk umur ‘pencen’ daripada bertelur.

Ayam tersebut akan di takai (disembelih) dan dijual sebagai ayam tua atau istilah popular ‘ayam pencen’ dengan harga pasaran sekitar RM8.00 – RM10.00 seekor (setelah diproses) bergantung kepada lokasi, umur ayam dan pembekalan.

Ayam pencen yang sudah disembelih dan dibuang bulunya sebelum dibakar kulitnya (kerana banyak bulu-bulu jarum yang agak sukar dicabut dengan tangan – maklumlah ayam pencen!).

Biasanya kalau nak kenduri atau musim perayaan ayam tua atau biasa kita panggil ayam pencen tetap menjadi pilihan dan ada peminatnya.

Jangan tak percaya kalau di musim perayaan seperti Hari Raya ayam pencen ni lebih laku keras dari ayam biasa. Ini kerana golongan lebih berusia memang menggemari menu seperti rendang ayam pencen.

Memasak ayam pencen ini cabarannya agak getir sedikit sebab sedia maklum ayam dah pencen ni memang ototnya sudah keras jadi isinya juga liat jika kita tidak masak mengikut petua yang sepatutnya.

Malahan bukan semua menu ayam boleh gunakan ayam pencen ni, biasanya menu paling mudah ialah sup ayam pencen kerana ianya direneh lebih lama.

Sebab itulah yang suka memasak resepi ayam pencen ni biasanya golongan lebih berusia yang lebih bersabar dan tahu cara untuk melembutkan isinya.

Nota ayam : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petua ibu kepada rakan-rakan anda juga 🙂

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here