Petua Legakan Batuk dan Cepat Keluarkan Kahak Hanya Dengan Rendaman Bunga Ni!

Petua Rahsia Legakan Batuk Dengan Berkesan Anda Perlu Tahu | Cuaca yang tidak menentu sekarang menyebabkan ramai yang jatuh sakit. Malah, wabak influenza turut merebak di Malaysia cukup membimbangkan rakyat Malaysia.

Akan tetapi, bukan itu yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Kami cukup tertarik dengan petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Mizah Ngatiman, untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak dengan minuman rendaman bunga belimbing buluh. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Bunga belimbing buluh
2. Air panas

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Ambil bunga belimbing buluh dan cucikan ia dengan air.

2. Kemudian, tapiskan bunga belimbing buluh tersebut.

legakan batuk

legakan batuk

3. Selepas itu, masukkan bahan tersebut dalam cawan dan rendamkan dengan air panas.

4. Kemudian, tutup cawan sehingga keluar warna merah keluar dari bunga tersebut dalam 5 hingga 10 minit.

legakan batuk

legakan batuk

5. Akhir sekali, tapiskan ia dan sedia diminum.

Rasanya agak tawar dan adalah dinasihatkan untuk minum ketika ia suam. Anda juga boleh minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga batuk hilang.

legakan batuk

Kebiasaannya jika minum minuman ini dalam masa 2 hari sudah nampak kesannya untuk legakan batuk. Bunga yang telah digunakan tadi boleh digunakan lagi sehingga warnanya habis. Apa tunggu lagi? Cubalah petua semulajadi yang mudah ini semoga ianya membantu legakan batuk yang dah lama buat anda derita.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

12 − 10 =