Petua Kunyit, Lengkuas, Serai & Halia Kekal Segar, Tahan Sehingga 2 Bulan.Mesti Cuba!

Boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.

Kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk. Namun, selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi.

Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.

Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut.

Cara-caranya:

  1. Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
  2. Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
  3. Simpan dalam peti sejuk.
  4. Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.

Selamat Mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × five =