Minuman Dalam Pantang Bantu Kecutkan Rahim, Buang Angin & Banyakkan Susu Badan!

Minuman Dalam Pantang Bantu Kecutkan Rahim, Buang Angin & Banyakkan Susu Badan! | Tempoh berpantang merupakan saat yang penting bukan sahaja untuk bayi yang baru lahir tetapi juga untuk ibu yang perlukan masa untuk rehat dan pulih dari kecederaan semasa melahirkan anak.

Namun, tidak ramai wanita yang menitik beratkan kesihatan diri sendiri semasa berpantang dan ramai yang lebih focus pada bayi dilahirkan atau keperluan anak-anak yang lain. Ini akan memberikan kesan jangka masa pendek dan panjang pada kesihatan ibu sendiri.

Jika tidak menjaga kesihatan sebaik mungkin semasa tempoh berpantang ibu-ibu berisiko mengalami masalah kurang susu badan dan keletihan yang melampau. Jadi disini kami kongsikan satu minuman dalam pantang yang diamalkan oleh sis Aju Mohit ini yang mudah untuk ibu sediakan meskipun sedang berpantang sendiri.

Minuman Dalam Pantang, Mudah Untuk Disediakan

hai uols!!!

Owh kay, hari ni saya nak kongsikan air minuman dalam pantang ya, walaupun pantang dah berlalu, tapi baru boleh nak minum air kunyit dan halia ni. Yelah awal-awal tu risau baby jaundice, makanya dah 52 hari selepas bersalin ni baru boleh nak minum. Lama pulak ye jarak masanya, korang jangan tiru saya ya, patutnya minum seawal mungkin. Saya ni je malas nak buat kan, makanya hantam sajalah labu!!

minuman dalam pantang
Bahan-bahan untuk air kunyit dan halia

Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok mula-mula carilah kunyit dan halia kat celah-celah dapur korang tu. Takde? Pegilah kedai beli, seeloknya dapat kunyit muda baru elok sikit kot. Takdelah kuning sangat macam saya punya ni. Saya guna kunyit dah tua, dah macam nak masak lemak cili api pun ada rupanya tu.

Nampak pisau tu? Kegunaan dia untuk buang kulit kunyit dengan halia tu. Ok dah buang kulit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.

Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.

minuman dalam pantang
Masukkan sedikit madu

BACA JUGA: Jenis Makanan Berpantang Ibu Selepas Bersalin

Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman dalam pantang ala-ala jamu untuk kesihatan badan. Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin.

Salah satunya untuk kecutkan rahim kita, buang angin, melangsingkan badan dan juga banyakkan susu badan, i like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya. Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!

minuman dalam pantang
Sedia untuk diminum
minuman dalam pantang
Memang terbaik!!!

Ok siap minuman dalam pantang demi kesihatan untuk hari ini. Saya terbaca tak elok minum selalu air kunyit ni, nanti cepat monopose, tapi sahih atau tidak itu saya tak pastilah. Korang nak tau? Sedap tau rasa dia ni, yelah dah campur asam jawa dan madu, jadi ada rasa pahit, masam dan manis. Dah boleh buat tajuk drama tv pulak hihi, oklah tu je babai!!!

Sumber

Jika anda suka dengan artikel minuman dalam pantang ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA: 5 Petua Uruskan Isteri Berpantang Yang Suami Wajib Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

3 × one =