Petua hilangkan batuk dengan mudah.

Petua hilangkan batuk dengan mudah & ada manfaat sampingan.

Perkongsian ini agak panjang dan memerlukan ada memahami setiap proses sebelum melaksanakannya.

Sesuatu yang percuma itu memang memakan sedikit masa tetapi berbaloi untuk jangka panjang.

Daun thyme adalah satu di antara rempah yang dapat dipakai sebagai hiasan atau bahkan juga pemberi rasa serta aroma khas pada makanan. Thyme nyatanya juga memberi khasiat kesihatan pada tubuh.

Petua hilangkan batuk dan gatal tekak.

Sekarang ini thyme banyak dipakai oleh beberapa orang sebagai minuman teh. Tanaman ini bila di buat teh, mampu membantu pencernaan serta menangani gejala demam, dan ianya juga sebagai petua hilangkan batuk dengan pantas.

Thymol yang ditemui dalam thyme adalah salah satu minyak pati yang secara saintifiknya mengandungi ciri-ciri antiseptik dan antikulat. Minyak meruap lain yang terdapat dalam thyme termasuklah carvacolo, borneol dan geraniol yang melegakan.

Thyme mengandungi banyak antioksidan flavonoid fenolik seperti zeaxanthin, lutein, pigenin, naringenin, luteolin dan thymonin. Herba thyme segar memiliki salah satu tahap antioksidan tinggi di kalangan herba-herba lain.

khasiat Daun thyme , manfaat Daun thyme, kebaikan Daun thyme, teh Daun thyme, petua gunakan Daun thyme, Daun thyme untuk batuk, Daun thyme untuk pencernaan

Ia juga dikatakan kaya dengan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Ðaunnya penuh dengan sumber potassium, besi, kalsium, mangan, magnesium dan selenium. Potassium adalah komponen penting bagi sel dan cecair tubuh yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Mangan pula telah digunakan oleh tubuh sebagai co-faktor untuk antioksidan enzim superoksida dismutase. Besi pula diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.

Herba ini juga turut kaya dengan banyak sumber vitamin penting seperti vitamin B kompleks, beta karotena, vitamin A, vitamin K, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Membantu masalah pencernaan

Kebaikan thyme memang banyak. Antaranya kandungan antikulat dalam thyme membuatkan herba ini boleh dijadikan pencuci kawasan yang dijangkiti dengan jangkitan kulat pada kuku.

 

Kandungan antiseptik thyme pula telah menjadikan daunnya yang telah dihancurkan sesuai sebagai ubat tampal pada luka. Ðikatakan apabila herba ini dimakan secara mentah, mampu membantu masalah pencernaan. Ia mampu merehatkan otot dan mencegah pembentukan angin dalam sistem.

Disebabkan thyme memiliki tindakan antispamodik, bermakna ia amat berguna untuk wanita yang menderita sakit ketika haid.

[sociallocker id=”6738″]

Ðalam amalan tradisional di Jamaica, teh thyme diberikan kepada ibu selepas melahirkan bayi. Kesan oxytocin dikatakan akan menggalakkan pengecutan rahim dan pengeluaran plasenta dengan segera, secara semulajadi.

Membantu sistem pernafasan

Herba thyme yang telah dijadikan teh pula amat baik diminum oleh mereka yang mengalami sakit tekak atau selsema. Ia juga dikatakan berguna untuk mengurangkan inflamasi pada sistem pernafasan.

Herba ini juga boleh dicampurkan dalam air panas dan digunakan dalam rawatan wap untuk membersihkan laluan udara ketika seseorang itu mengalami selesema, masalah bronkial dan mengatasi gejala demam.

khasiat Daun thyme , manfaat Daun thyme, kebaikan Daun thyme, teh Daun thyme, petua gunakan Daun thyme, Daun thyme untuk batuk, Daun thyme untuk pencernaan

Bagi mereka yang ingin cuba merawat masalah pernafasan atau batuk yang berterusan meskipun sudah mengambil ubat doktor, boleh gunakan resepi dibawah:

Bahan-bahan:

  • thyme kering (daun dan bunga), 3 sudu besar.
  • air mendidih, 600 ml.
  • beberapa madu secukup rasa
  • termos

Cara Penyediaan: Thyme kering dihancurkan, kemudian dimasukkan ke dalam termos. Masukkan air mendidih yang direbus, kemudian tutup rapat penutup termos.

Campurkan campuran itu sebaiknya selama 2 jam.Kemudian ditapis, disejukkan ke suhu suam (tidak lebih daripada 30 ° C). Tambah beberapa madu secukup rasa atau sesuai dengan rasa manis yang anda inginkan.

Cara Pengambilan: minum rebusan sebelum makan, ambil 4 kali sehari. Kaedah ini sangat membantu untuk mereka yang mengalami batuk yang teruk disebabkan bronkitis, batuk kokol dan batuk kering.

Merawat kemurungan dan tekanan

Ada juga yang menggunakan thyme untuk merawat kemurungan dan tekanan. Minyak pati herba thyme turut boleh digunakan untuk menaikkan mood dan menenangkan mereka yang sedang mengalami tekanan.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Selain itu, thyme juga boleh dimasukkan ke dalam air panas yang digunakan sebagai air mandian untuk melegakan sakit lenguh-lenguh pada badan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan herba thyme, namin bagitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Secara semulajadi, thyme, seperti mana-mana ramuan, mempunyai kesan sampingan dan tidak sesuai untuk:

  • Wanita hamil
  • Wanita menyusu
  • kanak-kanak di bawah umur 3 tahun
  • pesakit kencing manis
  • orang dengan penyakit ginjal dan hati
  • menderita gastritis (gastrik)

Kerana rawatan sedemikian akan menyelamatkan sistem pernafasan, tetapi akan memburukkan lagi penyakit lain. Dan pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran kerana peningkatan tekanan dan rasa mencucuk pada rahim.

[/sociallocker]

Nota batuk : Apa pandangan anda, mohon kongsikan diruang komen fb atau blog dibawah. Sharekan petua ibu kepada rakan-rakan anda juga 🙂

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

16 − 8 =