Petua Cili Kisar Tahan Lama, Berbulan Tak Masam Berkulat

Rupanya guna air tapisan dan bawang putih merupakan rahsia cili yang dikisar tahan lama berbulan-bulan, tak masam mahupun berkulat. Cili kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan, bagi mak-mak sukakan pedas.

Yang selalu jadi masalah apabila nak gunakan cili kisar untuk masakan tetiba nampak cili dah masam dan berkulat. Mesti boleh berubah menu pada hari tu silap-silap mood nak masak pun boleh lesap!

Tapi nak buat cili kisar ni agak renyah, perlu dibuang biji, direbus dan dikisar. Jadi sebagai penyelesaiannya, ramai mak-mak yang suka kisar cili banyak-banyak untuk kegunaan harian bagi mempercepatkan waktu memasak.

kaussar banner 2

Tapi masalah yang timbul bila, cili kisar tersebut tak tahan lama, cepat rosak, masam dan berkulat.cili kisar, cili kisar tahan lama, cili kisar berkulat, cili kisar masam, cara simpan cili kisar, petua cili kisar tahan lama, cili kisar tahan lama, cili kisar tak masam

Perkongsian petua cili kisar tahan lama ini dikongsikan oleh Puan Mim Nazihah sebagai rujukan mak-mak.

“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat…Mesti ramai yang dah tau kan…Tapi takpe, nak share jugaklah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tau kan. Selalu kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan.Inshaa Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.

BACA JUGA: Cara Untuk Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Serta Bau Bawang & Cili Pada Blender

Bahan-Bahannya :

  • 400 gram Cili Kering (Dipotong, buang bijinya kemudian cuci bersih).
  • 3 Labu Bawang putih
  • Air tapis

Cara Membuat:

1.Potong cili kering dan kupas bawang putih, cuci bersih-bersih.

2.Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

cili kisar, cili kisar tahan lama, cili kisar berkulat, cili kisar masam, cara simpan cili kisar, petua cili kisar tahan lama, cili kisar tahan lama, cili kisar tak masam

3.Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama.

cili kisar, cili kisar tahan lama, cili kisar berkulat, cili kisar masam, cara simpan cili kisar, petua cili kisar tahan lama, cili kisar tahan lama, cili kisar tak masam 4.Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye…guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

cili kisar, cili kisar tahan lama, cili kisar berkulat, cili kisar masam, cara simpan cili kisar, petua cili kisar tahan lama, cili kisar tahan lama, cili kisar tak masam

Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat Mencuba.

Sumber: Mim Nazihah

Jika anda suka dengan artikel memastikan cili kisar tahan lebih lama ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

BACA JUGA: Petua Buang Biji Cili Kering Cara Mudah & Tak Pijar Tangan

You might also like
4 Comments
  1. […] laman Huffingtonpost, tidak bermaksud makanan yang berkulat itu merosakkan anda atau membuatkan anda jatuh […]

  2. […] pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok […]

  3. […] masak asam pedas jangan sesekali guna cili boh kisar yang dijual di pasaran. Cili kering yang dikisar adalah penyedap kepada semua asam pedas. […]

  4. […] BACA: Petua Cili Kisar Tahan Lama Berbulan-Bulan Tak Masam Atau Berkulat […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.