Wahai Perempuan, Inilah Punca Perut Buncit Korang! Cuba Tip Ni Kalau Nak Kempiskan Perut Tu.

Petua kempis perut dan automatik kuruskan badan cara tradisional oleh wanita Thai.

Kalau lelaki kelihatan boroi atau perut buncit selepas kahwin memang selalunya tidak menjadi isu besar dikalangan keluarga atau kawan-kawan. Malahan ada yang mendefinasikan ianya sebagai tanda lelaki bahagia.

Tetapi kes perut buncit perempuan tak kira sama ada sebelum atau selepas berkahwin ini merupakan perkara yang amat menakutkan.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Masalah perut buncit di kalangan wanita bukan sahaja untuk mereka yang ada masalah berat badan malahan yang kurus keding pun adakalanya ada masalah perut buncit ni.

Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, iaitu :

  1. Pengumpulan lemak di bahagian perut.
  2. Masalah dalam abdomen seperti fibroid.
  3. Pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit.
  4. Hamil

Sekiranya hasil pemeriksaan mengesahkan punca perut buncit adalah pengumpulan lemak. Senaman berikut boleh membantu mengatasi masalah ini, iaitu:

  1. Baring telentang dengan tangan di atas peha. Angkat bahu seolah hendak bangun ataupun seolah hendak bawa tangan anda ke lutut. TIDAK perlu bangun habis, separuh sahaja, asalkan boleh nampak kaki anda. Lakukan 20 ulangan dan boleh ditambah sekiranya mampu.
  2. Baring dengan kedua-dua lutut bengkok ke atas dan tapak kaki di atas lantai. Siku pada paras bahu (seolah tangan di belakang kepala), Bawa lutut kanan dan siku kiri menemui satu sama lain secara serentak. Lakukan yang sama dengan siku kanan dan lutut kiri. Jumlah ulangan boleh ditentukan mengikut kemampuan sendiri. Namun disyorkan kalau boleh dalam 10 ulangan setiap kali. Lakukan dua atau tiga kali. Lakukan senaman ini setiap hari.
  3. Menambah bakteria baik ke dalam usus. Penambahan bakteria baik dalam usus dapat dilakukan dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi bakteria baik seperti susu masam dan yogurt.

Perut yang kempis memang menjadi idaman ramai wanita kerana lebih mudah untuk membuat pilihan pakaian dan rasa lebih yakin dengan penampilan diri. Namun ramai yang gagal mendapatkan perut yang diidamkan meskipun mencuba pelbagai produk dipasaran.

Sebenarnya selain dari mencuba pelbagai produk, membuat senaman yang fokus di bahagian perut dapat membantu anda mendapatkan bentuk perut yang cantik. Tetapi yang tiada masa untuk membuat senaman yang kerap boleh cuba air carbo blocker ini dalam menu harian anda.

Petua kempis perut dari Eiscya Isa.

Petua dari Eiscya Isa ini membantu mak-mak kempiskan perut dan mengatasi masalah perut buncit. Masalah perut buncit ini sememangnya boleh buat mak-mak dalam dilema yang tak berkesudahan.

Sebab apa, orang akan asyik sangkakan mak-mak ini mengandung. Puaslah nanti nak menjawab pertanyaan orang.

Berani ke makan ubat kurus tak tentu pasal kat luar sana tu? Ini saja kaedah kuruskan badan cara tradisional yang nampak jelas hampir tiada risiko.

Sila habiskkan bacaan jika benar korang nekad nak kurus semula dan mampu mengurangkan pandangan nakal encik suami terhadap wanita lain diluar sana.

Satu hal lagi, nak hilangkan perut buncit ini bukan senang tau. Lagi-lagi mak yang bersalin caesarean. Kalau dah langgar pantang minum ais sebelum lepas tempoh berpantang 2 tahun itu, memang susahlah nak kempis macam sebelum-sebelumnya.

Kata Eiscya, “Perut macam PREGNANT 9 BULAN dah takda dengan amalkan minum Air Miss Kerengga atau Eiscya panggil air carbo blocker. Nak tau kenapa? Baca dekat bawah k.

Eiscya tahu ramai yang ada masalah pregnant tapi bersalinnya idok a.k.a perut buncit lah kan. Jangan risau. Ni la jalan penyelesaiannya.

Air ni sememangnya akan membuatkan lelamak anda menangis Dan juga menyebabkan anda terpaksa beli baju baru sebab nanti semua baju mak-mak longgar.

So raya ni boleh lah korang semua jadi miss kerengga.

Ini ialah petua yang diturunkan piyoor dari Thailand. Kalau mak-mak perasan tengok badan wanita Thailand rata-rata cikeding kurus, kulit pun cantik je kan?

Lepas tu tetiba je korang balik sentap, kenapa aku tak dapat badan kerengga camtu walau anak dah berderet.

Ibu bukan nak membebel, ibu nak nasehat ni 🙂

Salah satu rahsia diorang ada lah air ni la. Air yang kekalkan badan diorang kurus dan kulit yang cantik. Ok jom kurus!

Bahan-bahan Air Carbo Blocker

  • Asam gelugur (5 ke 8 keping) / Eiscya Guna sikit sebab asam habis malas nak pi beli.
  • Gula melaka
  • Daun pandan(simpul atau koyakkan )
  • Air 4 gelas

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempis

Amalkan minum sebelum makan. Minum suam-suam atau sejuk. Yang suam lebih bagus

Ini Sebab Dipanggil Air Carbo Blocker

Khasiat Asam Gelugur

Mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta sebatian penting seperti:

  • hydroxyl citric acid (HCA),
  • Serat
  • hidroksi sitrik
  • flavonoid
  • asid askorbat(cantikan kulit)
  • asid tartarat

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempisSemua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencantikan kulit dan untuk menurunkan berat badan.

Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat membantu mengurangkan nafsu makan serta mencegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnye kalau mak-mak minum air ni, badan takkan serap lemak degil atau lemak degil takkan buat meeting dalam badan. Itu dalam bahasa mudahnyer. Best kan? Makan tapi lemak degil tak stay. Haa sebab tu Eiscya panggil as air carbo blocker.. dah clear?

minuman kempiskan perut, petua kempiskan perut, cara kempiskan perut, petua kecantikan perut, cantikkan perut, perut kempis

Manfaat Gula Melaka

  • mengandungi pelbagai vitamin Dan bagus untuk antioksidan.
  • Rendah glisemik indeks

Daun Pandan

  • hilangkan bau badan
  • anti oksidan
  • menghilangkan lenguh-lenguh badan

anda nak buncit? rajin-rajinlah makan fast food

Sumber/Foto : Eiscya Isa

Nota buncit : Apa pandangan anda? Mohon kongsikan diruang komen fb atau komen blog dibawah. Sharekan petua ibu untuk manfaat rakan-rakan kesayangan anda 🙂[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

12 − six =