Home Resipi Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap

3051
2
kerabu sardin

Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap | Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana.

Biasanya selain dimakan begitu sahaja, ikan sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.

KERABU SARDIN

BAHAN-BAHAN

  • Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
  • Bawang besar | dihiris
  • Cili padi | dihiris
  • Cili besar | dihiris
  • Tomato | dihiris
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa

kerabu sardin

CARA MEMBUAT:

  1.  Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
  2.  Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
  3.  Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
  4.  Sedia untuk dinikmati.

*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.

Info : Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.

Jika anda suka dengan artikel kerabu sardin ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here