Perlu Ke Aku Resign? Sila Semak 3 Sebab Ni Dulu Kalau Tak Nak Menyesal Nanti

Ada banyak sebab mengapa orang berenti kerja, boleh jadi masalah peribadi, masalah luaran, gaji, persekitaran dan sebagainya. Tapi rasa-rasa patut ke berhenti kerja yang dah bertahun-tahun korang berkhidmat hanya sebab-sebab yang tak munasabah dan terlalu klise. Jangan membuat keputusan terburu-buru sebab nanti korang yang menyesal. Kalau rasa masalah dalam kerja tu boleh selesai. Lebih baik selesaikan dari putus asa dan berhenti begitu sahaja?

Jadi apakah punca nya korang mudah tukar kerja? Takkan nak susah cari kerja baru, sebab bukan mudah nak cari kerja sekarang. Ini adalah sebab biasa yang selalu orang berhenti kerja. Dah menyesal dan korang nak masuk company lama balik tu agak susah lah kan. Lebih baik buat pertimbangan dulu.

1) Dapat boss yang teruk.

Mungkin jenis boss yang tak ambil kisah pasal korang. Tapi setiap tahun ada sahaja review prestasi kerja korang, komen itu ini, tetapi bab menghargai pekerja dan hal ehwal susah sikit nak campur tangan. Ataupun co-workes lain yang buat hal sendiri dan tak ingin pun nak berbual dan berkenalan dengan korang. Dan boleh juga keadaan persekitaran yang bukan tempat kerja idaman korang. Terus terfikir ‘Saya tak sesuai kerja ini’. Walau bagaimanapun, korang memang tak suka pergi kerja setiap hari dan terus mencari kerja baru.

Sebelum korang tukar karier : Buat satu senarai mengenai kerja korang. Yang buruk dan yang baik. Adakah wajar korang tukar kerja baru. Lihat dari sudut positif, korang boleh buat kerja disini cuma tidak suka beberapa orang. Lebih baik cuba untuk mengubah situasi berbanding korang ubah kerja. Sebab kerja baru nanti mungkin dan siapa tahu keadaan akan lebih teruk! Paling penting ialah pengurusan sebuah company itu sistematik atau tidak. Untuk elakkan benda terjadi berulang kali. Lebih baik buat pertimbangan.

2) Disebabkan kewangan / gaji.

Boleh dibuat perbandingan. Sebagai contoh kerja sebagai guru dan gaji hanya boleh dikatakan cukup. Tetapi ingin berhenti kerja sebab gaji tidak memuaskan. Adakah patut kerana manfaat lain contohnya mendapat cuti panjang selama 2 bulan kerana cuti sekolah. Waktu kerja yang sangat fleksibel. Tak semua kerja mendapat peluang seperti ini. Ada juga jenis kerja yang sangat berat dan waktu kerja yang padat, tetapi gaji banyak. Jadi mana satukah pilihan korang?

Beri pertimbangan dari sudut berbeza : Korang rasa adakah gaji sekata dengan kerja yang korang lakukan? Takut nanti dapat tawaran kerja baru dengan gaji yang tinggi. Tetapi tidak tahu keadaan kerja macam mana. Dan kerja mestilah korang kena bermula dari bawah. Kadang-kadang tawaran lain tetapi apa yang kita dapat lain.

3) Sebab bosan dengan kerja semasa.

Korang bosan-bosan dan terbaca job posting, baca detail, woah! kerja yang menarik dan cool. Korang pun mula buat perbandingan dan mohon kerja itu. Tapi asal korang tahu, kadang-kadang tajuk mempengaruhi pembaca, bila dah dapat tawaran kerja lain pula katanya.Siapa je yang nak bayar korang hanya untuk layari twitter, facebook sepanjang hari? Memang seronok lah kan kalau ada kerja macam tu.

Buat research : Sebelum kaki korang melangkah pergi dari kerja lama. Lebih baik buat siasatan ke atas company baru? Adakah korang sesuai bekerja disitu, kerjaya terjamin dan adakah betul ia memang kerja yang korang idamkan. Berdasarkan kelayakan takkan nak bagi job yang super best kan! Jadi buat pertimbangan adakah sesuai dengan kelayakan korang.

Mendapat kerja baru ialah seperti lahir semula, harus bermula semua dari asal. Janji korang bekerja keras, bersungguh dan mempunyai membuat kerja. Hasilnya pun mestilah akan berbaloi. Takkan kerja malas tapi semua nak seronokkan? Kadang-kadang rancangan awal korang tu boleh berubah dan tak mengikut yang korang harapkan. Lebih baik buat ulangkaji, berfikir lebih di luar kotak dan gabungkan semua keberangkalian. Sediakan semua penyelesaian sebelum apa-apa berlaku.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − seven =