Period Tidak Teratur Kejap On Off, Wanita Ni Kongsi Petua Untuk Lancarkannya!

Wanita memang agak risau bila period tidak teratur, ada yang risau mengandung sampai banyak kali ujian kehamilan dilakukan namun keputusannya negatif. Ini akan lebih merisaukan wanita kerana period on off ini boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit lain.

Memetik laman Web MD, period tidak teratur boleh memberi ‘amaran’ mengenai beberapa perkara penting berhubung kesihatan anda sebagai seorang wanita.

Ini adalah 5 perkara mengenai kesihatan berkaitrapat dengan masalah kitaran period tidak teratur anda.

1. Aliran d4rah h4id yang banyak atau kurang

Jika aliran d4rah h4id terlalu banyak sehingga kerap menukar tuala wanita atau tampon dan berlanjutan lebih dari seminggu, ia mungkin indikasi pada masalah lain.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Terdapat kebarangkalian ia punya kaitan dengan masalah organ pembiakan atau hormon, jangkitan penyakit, keradangan tulang pelvic atau d4rah terlalu cair.

2. H4id yang banyak dan kepenatan

Adakah anda kehilangan d4rah yang banyak dan rasa terlalu penat? Kekurangan sel d4rah merah yang banyak mengakibatkan anemia dan kekurangan zat besi.

Sekiranya anda bernafas secara pantas dan pendek, berasa lemah dan penat, kelihatan pucat, mempunyai denyutan jantung yang cepat, maknanya anda kekurangan sel d4rah merah. Segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.

3. Terlepas h4id

Ini perkara yang paling penting! Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan dan anda tidak hamil, maka hormon dalam badan anda tidak seimbang. Segera berjumpa pakar sakit puan untuk mendapatkan bantuan. Ramai mengalami masalah period tidak teratur lebih kerap dalam tempoh setahun kerana mereka tidak ambil kisah dengan kitaran haid.

4. Warna d4rah h4id

Warna keungguan seperti buah beri: Menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran h4id ketika anda mengalami ‘heavy flow’.

Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan f4raj kekeringan, rambut gugur dan keletihan.

Warna pekat seperti jus kranberi: Biasanya, wanita yang datang h4id dengan warna ini akan mengalami PMS.

5. Sengugut

Kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti endometriosis.

Endormetriosis adalah keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik). Akibatnya, d4rah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang.

Tetapi sengugut akan hilang apabila anda semakin meningkat usia atau selepas anda melahirkan bayi.

6. Sakit kepala

Sakit kepala pada awal tempoh period setiap bulan boleh dikaitkan dengan penurunan tahap estrogen atau pembebasan prostaglandin yang dikenali sebagai migraine period.

Ia boleh dicegah dengan ubat penahan sakit seperti asid mefenamik dan naproxen atau doktor akan membantu anda memastikan tahap estrogen anda stabil.

7. Menopause tetapi masih ada h4id

Wanita yang sudah menopause jarang kali mendapat h4id. Bagaimanapun jika anda mengambil tamoxifen untuk kanser payudara, ada kemungkinan h4id akan kembali. Selain itu, polyps dan kanser endometrial juga akan menyebabkan pend4rahan semasa menopause.

Cara Mengatasi Period Tidak Teratur Secara Tradisional

Berdepan dengan masalah period tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.

“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah

Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita ni boleh membantu masalah period tak teratur.

period tak teratur, petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off,

RESEPI AIR KUNYIT ASAM JAWA UNTUK RAWATAN PERIOD TAK TERATUR

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup 1inci
  • Halia 1inci
  • Asam Jawa 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Air suam 1 cawan

Cara-cara :

period tak lancar,petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off, datang bulan tak kerap, masalah datang bulan, masalah period

  • Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
  • Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
  • Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.

petua lancarkan period, period lancarkan datang bulan, petua selesaikan masalah datang bulan, datang bulan on off, datang bulan tak kerap, masalah datang bulan, masalah period

  • Sedia untuk di minum
  • **Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…

Boleh Amalkan sebulan sekali bagi mengatasi masalah period tidak teratur (haid hari ke 2 atau selepas haid)

Khasiat air kunyit asam :
  1. Melancarkan d4rah haid atau nifas
  2. Melawaskan pembuangan bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2 biasanya mak kita buat masa d4rah nifas hari ke7-10 masa ni d4rah nifas macam ada tiada.
  3. Menaikkan seri wajah.
  4. Mencantikkn tubuh
  5. Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
  6. Awet muda jika di amalkan.

sumber : Lyndah Abraham[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × three =