Perencah Sup Homemade! Resipi 17 Tahun Kekalkan Rahsia Sup Sedap

Perencah Sup Homemade! Resipi 17 Tahun Kekalkan Rahsia Sup Sedap | Rempah sup selalunya di beli terus di kedai kerana lebih senang didapati. Tetapi bagi mereka yang berniaga lebih senang dan murah jika di buat sendiri dan hasilnya lebih sedap berbanding yang dibeli siap.

Seperti perkongsian Junaidah ini, Makciknya membuat sendiri resipi sup untuk berniaga dan kini hampir 17 tahun masih mengamalkan cara pembuatan yang sama. Nak rasa sendiri jom kita cuba!

Nak sup yang lebih sedap, senang saja..kita buat perencah sup sendiri…dulu saya pernah tolog makcik saya berniaga kedai makan..resepi mak cik saya ajar saya..sekarang dah lebih 17 tahun mak cik berniaga. Berniaga bihun sup, nasi ayam dan lain-lain lagi.

Terima ksih buat makcik saya kerana dah lama saya buat sup guna resipi perencah sup ni..di sini saya ada buat video pasal nk buat perencah sup sndri. Perencah ni saya buat untuk masak sup tulang.

Kalau untuk sup lain pun boleh, kalau lebih perencah ni, boleh letakkan dalam peti ais. Bila-bila nak masak sup, guna perencah yang dah siap buat je. Mudah, jimat dan yang penting sedap! – Junaidah Roslan

Cara Membuat Perencah Sup Homemade

perencah supBAHAN-BAHAN:

  • Serbuk sup (saya lebih suka guna yg cap adabi)
  • Bawang besar 4 biji
  • Bawang putih 9 ulas
  • Halia 4 inci,
  • Sup bunjut 2 bungkus.. (saya buka benag bunjut,saya ambil bahan2 dalam sup bunjut)..

CARA MEMASAK:

  1. Bahan-bahan semua ni kisarkan.
  2. Lepas kisar, panaskan minyak, masak sampai pecah minyak dan kering. Siap…

Nota: Untuk sup tulang, saya rebus tulang bagi lembut dulu..bila dh betul2 lembut, baru masukkan perencah sup yang saya buat tadi. Tutup tudung periuk, bau dia memang sedap…Masukkn perencah, masukkn garam, serbuk perasa dan rasa..bila dah puas hati dengan rasa sup, tutup api dan sedia dihidangkan…

Lihat video ini untuk melihat cara2nya.

KLIK SINI

Kongsi resipi: Junaidah Roslan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

2 × two =