Home All Pengetahuan Am Penyelidik Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit COVID-19, Minta Kajian Lebih Mendalam Dilakukan

Penyelidik Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit COVID-19, Minta Kajian Lebih Mendalam Dilakukan

3215
0
Penyelidik Dakwa Ganja Mampu Rawat Pesakit COVID-19, Minta Kajian Lebih Mendalam Dilakukan

Ganja selalu menjadi bahan bualan anak muda bahawa ia mempunyai nilai-nilai kesihatan.

Terbaharu, ganja dilaporkan mampu untuk menyembuhkan penyakit wabak COVID-19. Ia dikatakan mempunyai kekebalan terhadap wabak yang telah membunuh lebih 300,000 diseluruh dunia.

Namun jangan salah faham, mengambil ganja dengan cara menghisapnya seperti rokok tidak akan membuatkan anda kebal dari COVID-19.

ganja

BACA: Checklist Amalan Harian Bekas Pesakit Covid-19, Disarankan Cuba!

Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Kanada, dalam satu kertas kajian yang bertajuk ‘In Search of Preventative Strategies: Novel Anti-Inflammatory High-CBD Cannabis Sativa Extracts Modulate ACE2 Expression in COVID-19 Gateway Tissues’ di University of Lethbridge, telah mendapati bahawa beberapa strain ganja dapat membantu mencegah wabak COVID-19.

Penyelidik telah terlibat secara meluas dengan mengkaji lebih dari 400 jenis ganja sebelum melakukan 400 ekstrak ganja yang baharu. Mereka memastikan bahawa strain akhir bersifat tinggi dalam anti-radang cannabinoid cannabidiol (CBD), di mana mempunyai sifat-sifat anti-barah.

Dr. Igor Kovalchuk yang bertanggungjawab melakukan kajian ini menambah bahawa beberapa strain menunjukkan hasil yang positif. Mereka menggunakan model tisu buatan manusia bagi merangsang dan memetakan bagaimana setiap strain ganja dapat mempengaruhi jangkitan COVID-19 pada tisu mulut, saluran udara dan usus manusia.

“Sebilangannya telah mengurangkan jumlah reseptor (virus) ini sebanyak 73%, kemungkinan ia lebih rendah. Sekiranya mereka dapat mengurangkan bilangan reseptor, ada kemungkinan lebih rendah untuk dijangkiti, “kata Dr. Kovalchuk

Namun hasil ini tidak dapat diambil sebagai bukti konklusif bagi merawat wabak COVID-19 kerana pelbagai faktor lain. Tetapi bagi Dr. Kovalchuk, beliau yakin jika lebih banyak tinjauan dan kajian yang dilakukan.

BACA: Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here