Penyakit Ekzema Kulit Merekah Berdarah Berakhir Dengan Rawatan Pakar

Menderita penyakit ekzema adalah sangat menyakitkan, hanya pesakit yang menghidapinya saja yang faham betapa seksanya mengalami penyakit kulit seperti ini. Kesan dan akibatnya gatal sama ada di bahagian kulit jari tangan atau kaki, ia pasti merekah dan berdarah apabila tahapnya semakin kronik dan kritikal.

Berbagai jenis produk kesihatan kulit atau skincare yang dijual di pasaran telah dicuba namun semua itu hanya kesembuhan sementara. Berbagai jenis petua dan rawatan ekzema secara tradisional turut dicuba untuk menghilangkan penyakit kulit ekzema tetapi tidak juga sembuh. Pasti anda akan berputus asa kerana penawar penyakit ini masih lagi anda belum ditemui.

Lebih menakutkan apabila penyakit ini terjadi kepada bayi atau anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa berbeza dengan ekzema pada orang dewasa. Kesakitan dan kegatalan yang mereka rasai pasti tidak dapat disampaikan. Sebagai ibu bapa, anda wajib mencari penawar dan cara untuk menghilangkan ekzema ini.

Ada yang berpendapat sesiapa yang mengalami sakit kulit ini kerana tidak mengamalkan pemakanan yang sihat lalu penyakit ini datang menyerang dan tidak sembuh kerana tidak mengikuti cara pemakanan yang betul. Sama ada ianya betul atau tidak, hanya doktor atau mereka yang pakar saja mengetahuinya.

Perkongsian seorang wanita iaitu Puan Zaiazrien Akhmar telah menjelaskan bahawa penyakit eczema ini langsung tiada kaitan dengan pemakanan seharian sebaliknya ia mengaitkan dengan sentuhan selain penyakit ini juga mempunyai berbagai jenis.

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui tentang jenis penyakit yang anda hidapi ini selain untuk mendapatkan rawatan doktor pakar kulit yang terbukti sembuh seperti disarankan oleh wanita ini selepas bagaimana beliau mendapat kesembuhan setelah bertemu pakar.

Rawatan Penyakit Ekzema dari Doktor Pakar

Terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit ekzema memandangkan ramai yang bertanya ubat apa yang saya pakai. Alhamdulillah sekarang semakin pulih.

Sebenarnya dah enam bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang dari sedia maklum adalah sabun.

Permulaan menjadi seperti bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil ‘kulat air’. Waktu itu ingatkan gatal biasa-biasa sahaja dan beli ubat di farmasi. Tetapi semakin lama semakin teruk. Selepas satu jari, berjangkit pula ke satu jari.

Disebabkan tak tahan gatal sangat, saya pergi berjumpa dengan pakar kulit tetapi tetap tak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah. Jangan cakap kering je, sampai berdarah. Nak drive, nak basuh pinggan dan nak memasak pun tak ada mood. Gatal dia ya Allah, nauzubillah memang tak boleh tahan.

Kos rawatan di klinik pakar kulit bukan murah. Hampir enam bulan ini cecah RM2,000 untuk berubat sahaja tetapi masih belum pulih.

Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya cuba pergi ke Hospital Columbia yang ada pakar kulit terbaik di area Seremban dan saya ditahan wad selama lima hari untuk dipantau supaya luka di tangan itu kering dan tak berdarah seperti biasa.

Doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info tentang penyakit ekzema dia terangkan dan ekzema katanya ada banyak jenis. Eczema yang saya hidap adalah jenis Dyshidrotik Dermititis yang menyebabkan tekanan, alahan, tangan atau kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki.

Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit dan biasanya kaum wanita lebih mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Jadi, korang yang mengalami benda yang sama, yang nampak bintik air gatal mula tumbuh di tangan atau kaki, elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama.

Alhamdulillah feeling better now dan Dr Najeeb beritahu ekzema ini akan berulang kembali kalau kita tidak menjaga apa yang kita pegang atau sentuh dan this is not about food! Tak ada kena mengena makan sotong atau ayam ke, udang ke.

Di bawah ini saya tunjukkan prosedur perubatan Dr Najeeb pada saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Masa ni tangan dah teruk giler. Tengah tunggu Dr. Najeeb approve admitted.
Kulit tangan sampai merekah sebab terlalu kering dan berdarah.
Sampai isi kulit pun nampak. Bayangkan pedih macamana dan air bisa tu busuk.
Kulit kering, merekah dan gatal selain berdarah amat menyakitkan.
Hari ketiga kulit mengelupas, tak gatal dan terkopek kulitnya selepas diberi rawatan.
Hari kedua selepas disapu dengan krim kulit, isi terkopek dan semakin sembuh
ekzema
Perbezaan ketara sebelum dirawat dan selepas rawatan diberikan

Berikutnya dalam gambar di bawah adalah beberapa jenis ubat cream dan washing foam untuk tangan.

  • Cetaphil Cleanser adalah untuk anda guna membasuh atau tangan dengan kerap.
  • Ubat Daivobet adalah krim untuk digunakan pada waktu malam.
  • Ubat Cloderm untuk digunakan pada waktu pagi.
  • Ceradan pula untuk digunakan pada waktu petang.
ekzema
Ini adalah antara ubat cream dan washing foam untuk tangan selain cetaphil cleanser.
ekzema
Ini adalah ubat yang perlu dimakan yang didapati dari Hospital Columbia Asia Malaysia.

Semoga perkongsian ini akan membuka mata mereka yang menderita penyakit ekzema untuk segera mendapatkan rawatan atau mencari penawar sakit kulit ini dari doktor pakar seperti yang dikongsikan. Sebenarnya, rawatan hospital adalah yang terbaik untuk mengatasi penyakit gatal ini. Semoga bermanfaat

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 2 =