Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama

Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama | Laptop merupakan satu keperluan dalam kalangan pelajar dan juga mereka yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan mereka. Tanpa laptop, kerja seperti assignment, editing dan lain-lain pasti sukar untuk dilaksanakan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @touchmediautara telah berkongsi beberapa tip penjagaan laptop yang anda boleh amalkan. Baca perkongsian beliau di bawah ini:

Penjagaan Laptop Dari segi hardware

1. Jangan menggunakan laptop melebihi 8 jam dimana perlu dimatikan untuk kestabilan hardware.

2. Elakkan menggunakan laptop di atas tilam atau fabrik yang boleh menutupi ruangan angin keluar masuk.

3. Pastikan laptop di service setiap 6-8 bulan sekali. Ini merupakan penjagaan laptop paling penting kerana jarang pemilik pandai servis laptop sendiri ataupun terlupa penyelenggaraan berkala ini.

penjagaan laptop

4. Untuk kelajuan yang optimum, upgrade dari HDD kepada SSD. *Nota: tidak semua laptop sesuai untuk upgrade.

5. Untuk bateri, jangan sesekali charge sepanjang masa kerana akan memendekkan jangka hayat.

6. Setiap laptop mempunyai daya tahan tersendiri. Pastikan anda tahu kelebihan dan kekurangan laptop anda.

Penjagaan Laptop Dari segi software

1. Pastikan anda sentiasa update Windows anda. untuk keselamatan dan kestabilan sesebuah Windows itu.

2. Windows 7 kini sudah mencapai umur yang matang, jadi update untuk Windows Defender juga telah hampir ke penghujungnya. Anda yang masih menggunakan Windows 7 dinasihatkan berhati-hati.

3. Kepada pengguna Windows 8, anda disarankan untuk update laptop anda kepada Windows 10 yang lebih baik dari segi kestabilan. Windows 10 kini dilengkapi Windows Defender yang mampu menahan daripada ransomware yang sangat merbahaya ketika ini.

4. Pastikan sumber muat turun daripada Internet itu selamat. Jika anda buka google, anda akan lihat simbol berwarna hijau di sebelah kiri website dan itu menandakan website itu selamat.

penjagaan laptop

5. Mesti anda suka bermain game di laptop anda bukan? Main game tidak salah tetapi kena tahu spesifikasi laptop dan game bersesuaian atau tidak.

6. Install software dari sumber yang tidak diketahui. Anda kene tahu, software ini ada banyak jenis dan ada juga terselit virus. Jadi, pastikan anda tahu dan kenalpasti jenis software yang anda inginkan. Install hanya software itu sahaja tida perlu add on software dari satu installer yang sama.

7. Untuk kelajuan, rajinkan diri buat disk cleanup. Anda pergi local disk c, right click dan pilih bawah sekali, properties. Kemudian ada pilihan disk cleanup, tekan situ dan ikut arahan yang diberikan.

Mudah bukan? Pastinya perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga laptop agar dapat bertahan lama dan memberikan performance terbaik untuk anda. Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

6 − five =